Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, June 6, 2013

Amalan diet mengikut sunnah..

Salam Ukhuwah & perkenalan..

Kali ini, aku mau berkongsi pasal DIET. Ramai orang yang beranggapan dengan diet sahaja sudah mampu mengembalikan keseimbangan berat badan juga komposisi rupa bentuk badan kan. Seperti aku, syukur alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan walau kurus jak. Apa orang bilang, 'ndak pandai gemuk2 dari dulu2 lagi'. Muka jak bulat & ala2 gemuk tp badan masih juga kurus..ish3x...

Ok, jadi kali ni aku pun mau cerita sikit pasal diet mengikut sunah rasulullah. Bukan apa, aku ada lah tengok sedikit sedutan pasal diet ni di TV9. Itu rancangan kegemaranku tau. Jom kita selongkar, 22 tips diet mengikut sunnah ;









Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan 
bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) 
sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika 
kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas 
biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu 
menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.



2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya
boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh 
menyebabkan gastrik.



3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.

Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.



4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat 
bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk
kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang 
berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan 
rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.



5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak 
sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi 
serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, 
secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak 
akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..



6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia 
kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis 
antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem 
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis 
dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata:

“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam 
sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan 
Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah 
lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai 
perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar 
protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit 
jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu 
memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk 
membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin 
dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,

“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan 
roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak 
memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar

sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap 
sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat 
yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan 
beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia 
amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi 
nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur 
seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain 
untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama 
sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air.
Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai
mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi 
antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai 
penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping 
itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang 
kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang 
diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, 
tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air,
maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah
yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada 
kesihatan tubuh badan.



11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang 
bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi 
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda 
(kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air

dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan 
kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal 
ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin 
mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi 
menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun 
setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta
mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air 
sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga
yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian 
wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:


نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع


“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti
sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3
daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya 
dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.

– Doa sebelum makan;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ


“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,

“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 
‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin 
minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis 
telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna 
makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan 
mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu 
tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat 
untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta
manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah 
ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan 
tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia
berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu 
mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada 
makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya 
atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak
berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah 
lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan 
disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;

“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak 
pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu 
makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” 
Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua
sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan 
badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) 
walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses 
metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa 
tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi 
memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana
itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.

Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur

kerana ia berperangai seperti Firaun di samping 
mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan 
iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2
jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan 
sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar 
selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit 
makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa

selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan 
berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang 
berkekalan sepanjang hayat.

Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam 
sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu 
imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah 
puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu 
disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air 
terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan
anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa 
dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan 
sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.


Jadi, kita kenalah selalu amalkan diet pemakanan yang sihat & selaras dengan amalan sunnah. Bacalah tips itu & jadikan panduan. Manalah tau kan, diet pemakanan kita yg sebelum ni  mgkin kurang sihat sampai selalu sakit ke apa kan. Kalau aku, memang gemar makan buah kurma, sampai kan jus buah kurma pun aku selalu juga amalkan minum, erm memang enak sungguh tau... ksimis pun sama jugalah..

# Jom amalkan diet pemakanan yang betul supaya sihat & cantik, insyaAllah !!!

Sampai bertemu lagi, Wassalam..

4 comments:

  1. salam.... siti yang tanya pasal ni kan

    readers tak boleh komen kat post entry tanpa gunakan account google+'?

    sebenarnya reader tu boleh komen. tapi kena guna name/URL. kan kat komen ni kita boleh pilih comment as : ..........

    itu ek yang ditanya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, hana..ya,saya..
      mmg ada problem tu, tp nsb baik dah setle dah semlm..skrg dah boleh komen dah tanpa guna google+..hihi..thanks ye prihatin..

      Delete
  2. Mmg nk cube Diet ala Rasulullah ni... Tp keadaan x mengizinkan... Kadang2 ade mknan, kdg2 ngadap megi segera jea... Huhhhh... (-_-)"

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..