Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, June 1, 2013

Ceritaku di musim cuti..


Salam ukhuwah & perkenalan...

Siaran langsung di kaca televisyen tadi memaparkan tentang sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah. Manis sungguh tatkala aku terlihat wajah manis  Permaisuri Agung, Tuanku Hajah Haminah yang lengkap bertudung litup. Sememangnya lebih manis dan menarik sekali kan. Ini jujur tau, bukan sebarang2x..hehe..

Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah dan Tuanku Hajah Haminah  tertarik melihat kek pada majlis  persembahan kek sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XIV di Dewan Serbaguna Istana Negara, -BERNAMA 
KLIK SINI >>>

Kali ini, sepertinya tiada apa yang menarik sangatlah untuk dikongsikan. Saja jak ni untuk update blog. Mungkin akibat keboringan, jadi aku pun saja jak lah update apa yang patut. Ok, bersempena musim cuti ni, sememangnya ramai yang mencipta hari terindah untuk membina mahligai perkahwinan. Termasuklah pada hari ini, kiranya ada kaitan keluarga juga dengan kami orang lah juga yang kahwin ni. Jadi, aku pun sempat lah lagik ambik gambarku sebelum jalan.. teng..teng..teng..tadaaaa...

urm...terus update ke instagram yah..hahaha..

Haha..masalahnya gambar pasangan yang berkahwin tue plak, aku memang ndak sempat lah mau snap. Terlalu sesak dan kami orang pun kelam kabut juga mau balik tadi...hehe..ndak mengapalah kan..

Apa-apa pun kepada sesiapa yang melangsungkan hari bahagia mereka pada musim cuti persekolahan ini, diucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya, insyaAllah...

# kalau orang tanya soalan 'cepumas' tu dgn aku.. aku jawab 'no komen' jak lah..kan jodoh ketentuan tu ditentukan oleh Yang Maha Esa...hehehe...

Sampai bertemu lagi, wassalam..

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..