Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Sunday, June 2, 2013

Teman sejatiku ~novellll...

Salam Ukhuwah rakan-rakan seprjuangan sekalian.. 

Kali ini aku ingin berkongsi tentang 'novel'. Sebenarnya aku mulai minat membaca novel sebermulanya semenjak di bangku sekolah lagi. Bermulanya adalah dari satu novel yang rasanya sekarang ni memang sukar untuk diperolehi lagi lah novel tu. Sebenarnya satu-satunya novel yang kami orang ada ni dulu ada kawan lain pinjam dan sudah hangus terbakar dijilat api semasa berlakunya kebakaran di kampung diorang masa tu. Oleh kerana aku simpati dengan nasib yg menimpa diorg tu, makanya aku halalkan jak lah, ndak payah ganti pun ndak mengapa. Mau tau apa dia..ini la novel tu;
 

Memang menarik sekali jalan penceritaannya. Semuanya berlaku secara tidak diduga dan membuatkan pembaca tegar seperti kami ini begitu 'excited' untuk mengetahui cerita selanjutnya itu. Penulis novel ni memang sudah menempah nama di persada seni gara-gara adaptasi filem dari novel  'Ombak rindu' yang pernah mengegarkan satu Malaysia kan beberepa detik yang lalu. 


KLIK DI SINI >>>

Sekarang ni pulak, aku teringin sangat untuk mencari novel hasil karya agung 'Ramlee Awang Mursyid' yang berjudul :


Kiranya beliau juga merupakan salah seorang penulis melayu tempatan yang memang berbakat besar dlm bidang penulisan ni. Memang aku cukup mengkagumi setiap karya penulisan yang beliau hasilkan tau. Sebenarnya novel ni, dah lama lah jugak. Tapi, baru sekarang aku terasa mau dapatkan novel ni. Tengoklah, harap-harap aku boleh dapatkan sesegera yang mungkin, ndak kiralah secara online ka atau di mana-mana kedai buku pun jua, yang penting aku mesti dapatkannya juga, insyaAllah.

ok, doakanlah keberhasilan aku dalam usaha itu ya.

Sampai bertemu lagi, Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..