Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, June 14, 2013

Pengakhiran 'CUTI' ku...


Salam Ukhuwah & perkenalan..

Sedar tidak sedar cuti semester ku kali ni sudah hampir ke penghujungnya..huhuhu..
Esok aku akan kembali memulakan semula hidup sebagai insan bergelar pelajar kembali. Aku pun tak tau la, rasanya aku masih lagi terasa mau rehat, rehat dan rehat. aaiii..inilah hidup kan.. Walau apa pun yang terjadi, yang penting hidup kena diteruskan juga.

Erm, aku masih teringat pasal drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang bersiaran di kaca tv3 semalam. Boleh tonton online atau download terus pun boleh.

Memang puas hati betullah pasal watak jahat yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose. Haha, buat jahat dibalas jahat kan..kan..kan.. Cerita ni adalah adaptasi dari novel tau...tu part yg best tu..

Ok, Kali ini aku ada sesuatu yang ingin dikaji, iaitu berkaitan soal Sifat "PELUPA". Kenapa ya, kadang kala sifat pelupa ni memang menyerang tidak bergantung kepada usia seseorang. Aku ada juga baca beberapa artikel. Di antara faktor-faktor pelupa ni, memang banyak. Salah satunya adalah disebabkan oleh tekanan. Kalau penyakit alzhaimer tu lain lah kan. Itu memang penyakit cepat lupa ingatan. 

Terus-terang, aku ni memang seorang yang pelupa sebenarnya.  Oleh itu, aku selalu jugalah amalkan memakan kismis. Sebab, kismis tu banyak khasiat terutama sekali menguatkan daya ingatan.

So, kalau korang ada apa-apa idea pasal benda ni, jom kongsi idea korang plak..hehehe...

# last day di kampung hari ini dan esok... so, enjoylah dulu sebelum kuliah bermula nanti..

Sampai bertemu lagi, Wassalam.

9 comments:

  1. muni pon kdg2 terlupa jugak . . padahal muda lagi ni . hehehe takut jugak kdg2 bila fikir . tapi memang betul kismis boleh membantu menguatkan ingatan . selalu amalkan insyaallah berhasil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tue la pasal..susah betol nak hilangkan penyakit pelupa ni..

      Delete
  2. petua orang-orang tua dulu, banyakkan membaca al-quran.. insya-Allah susah nak jadi pelupa.. makan kismis memang sangat baik..

    ReplyDelete
  3. Memang betul pelupa ni sebenarnya tak kenal usia..cuma rasanya yang lebih berusia tu tendency untuk lupa tu lebih lagilah..and kalau ikut petua ungku Aziz kita kena banyak membaca untuk mengelakkan pelupa. Of course Al quran is one of them..then pemakanan kena jaga..those instant food tak bagus sgt actually

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tuelah hairan gak dlm usia yg masih muda pun asyik lupa bnyk bnda mcm dah nyanyuk dah..hehe
      apa org cakap, bnyk 'makan semut'..hehe

      Delete
  4. haah setuju dgn kak mizz aiza..
    nenek slalu sruh bc quran utk
    elakkan jd pelupa hehe
    pastu amalkan mkn kismis pon ok
    jugak.. slh 1 cara jgk utk elakkan
    sifat pelupa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, moga kita dipermudahkan tuk amalkan semuanya tu..

      Delete
  5. Assalamualaikum firo.

    Bersemangat! Nak masuk study balik pas dah habis cuti kan,hik3.

    Yup, penyakit lupa tak kira usia. Memang selalu dikaitkan dgn org tua, tpi org muda pun tak terlepas juga. Akak pernh bca, perempuan yg mengandung, ada waktu2 nya, diorg mudah lupa. Berkaitan perubahan hormon tak silap.

    Selain makan kismis, biasakan lah diri tulis apa yg perlu dibuat, apa yg perlu diingat. Lagi2 jadi student, bnyk benda nak fikir kan.. tulis dulu ats kertas. Lekat kat tmpt sng nampak.

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..