Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, November 23, 2013

Tamparuli.. here I am...

Wah, seronoknya... sempat lagi aku dan kakak-kakakku berjalan-jalan ke Tamparuli dalam perjalanan balik ke kampung ku beberapa hari lalu. Perjalanan balik dari Keningau ke kampung mengambil masa yang agak lama. 
Memang suatu perkara yang tidak merugikan. Jom tengok gamabar-gambar menarik yang sempat kami ambil.





Jambatan Tergantung Tamparuli


Rumah terbalik merupakan salah satu tempat menarik yang baru sahaja siap di sekitar Tamparuli Sabah. Sesiapa sahaja yang menginginkan percutian menarik, pergilah berjalan-jalan ke sini yah..

Ok la, banyak lagi sejarah menarik yang terdapat di sebalik rumah Terbalik Tamparuli tersebut. Kalau mahu tahu lebih lanjut lagi, pergilah melancong di musim cuti ini. Apa-apa pun, aku ucapkan Selamat Bercuti buat semua yang menikmatinya ok..

Selamat bertemu kembali di masa-masa akan datang, In Shaa ALLAH...

Monday, November 4, 2013

Jauh...


Salam mesra buat semua. Syukur alhamdulillah kerana kita bertemu kembali lagi di sini. Jauh.. erm memang jauh.. Tertanya-tanya kan kenapa aku sebut-sebut pulak pasal jauh. Ramai yang sering melafazkan ungkapan ni :

'Jauh di mata, tapi dekat di hati'

Kadangkala, hanya disebabkan sedikit perselisihan ianya akan menjauhkan jarak perhubungan sesama manusia. Walaupun sebenarnya jarak mereka tidaklah sejauh mana pun. Dekat, sangat dekat. Malah satu rumah, sepejebat, mahupun sebilik. Namun, manusia tetap manusia. Tetap tidak akan dapat lari dari sifat ego. Memang, ego itu adakalanya penting buat setiap individu. Tidak akan habis kalau kita asyik cerita pasal ego kan.



Semua orang mahu orang sekelilingnya menganggap dia sentiasa betul. Mana mungkin sesiapun mahu meruntuhkan sifat ego lantas beralah. Bagi aku, kalau ada pihak luar yang tidak berkaitan mahu masuk campur, boleh. Memang boleh. Tapi cubalah jadi sebagai 'pendamai', bukannya sebagai 'penghasut'..nauzubillah..Jauhkanlah sifat-sifat mazmumah itu..


Semoga esok dan hari seterusnya semuanya kan jadi lebih baik, insyaAllah. Sebagai penghayatan kita bersama, terimalah ;




Oleh itu, di kesempatan ini aku mahu ambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 buat semua muslimin & muslimin. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih ok.

 


Sampai bertemu lagi yah.. Wassalam.

Saturday, October 26, 2013

Doakan segalanya terbaik...

Selamat bertemu kembali buat semua pembaca blog ni..terima kasih kerana masih sudi menjadi pengunjung dan pembaca laman ku ini. Sekarang ni merupakan musim peperiksaan buat kami yang masih lagi bergelar penuntut di IP. Stress tu kadang-kadang adalah jugak. Tapi, aku bersama rakan-rakan seperjuangan tetap berusaha untuk mencari ketenangan sebelum tiba 'berperang'..huhuhu.. 
Doakan kami ok... perjalanan kmi masih pnjg lagi..masih terlalu bnyk halangan yg kmi lalui. suka-duka semuanya bercampur-aduk. Kadang-kadang boleh tekanan juga kalau tidak dapat tahan. Mungkin beginilah caranya untuk kita mengenal erti hidup kan. Bermacam situasi yang aku dapat lihat, rasa dan alami sebenarnya. 

Saturday, October 12, 2013

Balik kampung + raya Haji...


Hai, salam pertemuan buat semua pembaca yang masih lagi setia mengunjungi laman yang tidaklah seberapanya ini.. memang sudah begitu lama lamanku ini tidak ku jejaki ya.. bukan apa, terlalu banyak halangan. Salah satunya adalah rangakaian internet yang kurang mengizinkan..



Ok, merujuk kepada tajuk di atas tu sememangnya "balik kampung" merupakan satu topik menarik perhatian dan perkara menarik yang diidamkan oleh kebanyakan insan perantauan khususnya. Ya, sepertinya kami yang bergelar penuntut di institut pengajian ni. Cuti bersempena hari raya Haji pada tahun ini, membuatkan jiwa kami ini berkobar-kobar untuk balik kampung. 

Sunday, September 22, 2013

Istimewanya hari itu..


Lama sudah tidak dikemas kini laman ini. Sudah kian usang dimamah debu-debu berterbangangan tak gitu..hehehe

Ok, kali ini tidak banyak yang ingin aku kongsikan. Cuma beberapa kepingan gambar yang sempat dipetik bersempena menyambut ulang tahun kelahiranku iaitu pada 21.September yang lalu. Memang istimewanya hari itu..




Terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi bersama-sama untuk meraihkan hari istimewa tersebut. Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki & hubungan silaturahim sesama kita berkekalan selamanya, insyaAllah..

Thursday, September 5, 2013

Bestnya merdeka Raya 2013...


Salam pertemuan penuh kemesraan buat semua pembaca & geng2 blogger..

Kembali kita bersua di laman maya ini setelah lama menyepi. Kali ni, rasanya ndak banyak juga yang mahu ku kongsikan. Adalah beberapa keping gambar yang dipetik semasa perayaan program 'merdeka raya' kami orang beberapa hari yang lalu. Semuanya berpakaian warna-warni & cantik2 belaka. Jom tengok, maiii..






Wow...semua memang hebat2 belaka. Bersempena merdeka raya kali ini juga, kami dijemput untuk memberikan persembahan KOIR. Semuanya dalam keadaan kelam kabut dan langsung tiada persediaan pun. Apa boleh buat, kami usahalah untuk buat yang terbaik. Syukurlah semuanya berjalan lancar..hehehe.. Walaupun ndak la sehebat mana pun kan..

Ok, untuk masa akan datang ni pulak, aku mahu sambung fokus dengan ujian yang akan datang ni. Paper untuk Perkembangan Kanak-kanak & Pensejarahan Malaysia.

suka aku tengok gambar ni..walaaauuppoon cam tiada kena mengena jak formula math tu ngan study kami orang..haha

Fuhhh..doakan kejayaanku & geng2 aku ok...insyaAllah ...

Ok, sampai bertemu lagi..Wassalam..

Friday, August 2, 2013

Puasa..menanti lebaran...


Salam ukhuwah dan salam kemesraan buat semua pembaca..

Lama ndak update blog ni. ermmm...semuanya disebabkan line yang agak teruk di IP kami orang bah. Sangat menyeksakan. Sekarang bila balik di kampung ni, barula ada ketenangan. Line pun ndak la teruk sangat. Semuanya sangat laju. hehehe.. perasaan ku dapatlah digambarkan bak seperti gambar di bawah ni la kot :


Tanpa disedari sekarang ni sudah pun menuju ke 10 malam terakhir ramadhan. Ndak sabar menanti lebaran akan datang. Saat-saat yang paling best bila pengumuman hari raya tu..hehehe

Wednesday, July 10, 2013

kembali lagi menjelma...

Salam ukhuwah dan perkenalan buat semua pembaca...
Ia kembali menjelma..apa dia?.. Ramadhan al-mubarak...
"AHLAN WAHSALAN YA RAMADHAN"
Wah...tanpa disedari, 1 Ramadhan telah selamat dilalui dengan jayanya. Syukur alhamdulillah..
Juadah bersungkai kami orang di IP Keningau ni ala2 kadar jak, biasalah kan hidup di asrama ni. Owh yah, kalau kamu orang belum tau lagi, biar aku bagi tahu... 'bersungkai' tu maksudnya berbuka puasa, ianya biasa digunakan dalam bahasa sabahan..hehe.. 
kot yer pon lapar sesangat..agak2lah jugak kan..hehe

Friday, June 28, 2013

Pentingnya semangat 'kerjasama'...


Salam ukhuwah & perkenalan buat semua pembaca..

Lama juga blog ni x d update..lebih dari seminggu yang lalu.. 

huhu...bukan apa, agak sibuk sebenarnya beberapa ketika ini. Banyak hal kena uruskan sebenarnya. 

Ditambah lagi dengan rangkaian internet di IP kami orang ni sememangnya agak mengecewakan sedikit. ada ura2 mengatakan banyak hacker konon. so, kena hati2lah sikit kan.

2-3 hari ini, aku kurang sihat sikit. Sakit tekak & batuk2 jak. 

Mungkin keadaan jerebu yang belum redha. Memandangkan pula, lokasi persekitaran kami orang ni betul2 berdekatan kawasan bukit & gunung-ganang kan...(cehhh, macam best jak kan kalo dengar ciri2 lokasi tu)..hehe..

Ok, entry aku kali ini, aku nak sentuh berkaitan 'kerjasama'. 


Jom dengar lagu ini, wonder Pets, :: Kerjasama :: 


Best kan kalau hidup kita ni sentiasa ada semangat kerjasama macam dalam lagu 'wonder Pets' tu.. 
Tetapi, zaman sekarang ni... ramai dah orang yang dikelilingi oleh sifat ego masing-masing dan merasakan bahawa mereka jak yang betul. Sehinggakan tidak perlu adanya bantuan dari orang lain sekiranya ada apa-apa masalah. Cubalah buang rasa ego tu jauh-jauh & usaha untuk amalkan semangat kerjasama dalam berpasukan. Tidak kiralah sesama rakan sekelas ke, rakan sekerja ke & sebagainya. Ini ndak..mesti adanya main cakap2 belakang yg mana sama ertinya dengan 'mengumpat'. Amalan negatif tu, memang susah sesangat lah untuk ditepis kan3x...ndak apalah, yg penting kita 'redha' jak lah.

Tuesday, June 18, 2013

Kembali ke sarang..

Salam ukhuwah & perkenalan semua...
Wah, merujuk kepada tajuk besar di atas, aku ingin menerangkan dengan lebih terperinci supaya mudah difahami, hehe. Bukan apa, lama bertapa di kampung selama 3 minggu, fuhh..lama tuh kan. Makanya, memang terasa macam sekejap sangatlah... tidak terasa pulak.
sioknya di kampung..
Sekarang ni aku pun terpaksalah untuk 'kembali ke sarang'. Bukan 'saranghe' yah...hehe..

Friday, June 14, 2013

Pengakhiran 'CUTI' ku...


Salam Ukhuwah & perkenalan..

Sedar tidak sedar cuti semester ku kali ni sudah hampir ke penghujungnya..huhuhu..
Esok aku akan kembali memulakan semula hidup sebagai insan bergelar pelajar kembali. Aku pun tak tau la, rasanya aku masih lagi terasa mau rehat, rehat dan rehat. aaiii..inilah hidup kan.. Walau apa pun yang terjadi, yang penting hidup kena diteruskan juga.

Erm, aku masih teringat pasal drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang bersiaran di kaca tv3 semalam. Boleh tonton online atau download terus pun boleh.

Memang puas hati betullah pasal watak jahat yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose. Haha, buat jahat dibalas jahat kan..kan..kan.. Cerita ni adalah adaptasi dari novel tau...tu part yg best tu..

Tuesday, June 11, 2013

Cer citer pasal 'antivirus'...

Salam Ukhuwah & perkenalan buat semua pembaca...
Pada kali ini, aku mau sentuh soal berkaitan 'ANTIVIRUS'. Sekarang ni aku tengah cari software antivirus yang kira boleh menjamin lah. Banyak sudah antivirus yang aku guna, tapi setakat ni semuanya mesti ada masalah jak. Ianya selalu membuatkan PC kita jadi slow. Walaupun sudah clean up & defragmenter. Laptop aku ni, baru 4 tahun belum lagi sampai 5-6 tahun pun. Bukan apa, ada sesetengah laptop tu, boleh bertahan lebih lama lagi lah. Rasa2nya mungkin disebabkan oleh sistem INTEL yang ada pada sistemnya kot kan.
Ibaratnya cam ni lah laptop aku, walau yg kat gambar ni version komputer kan..huhu
Kalau cerita pasal format jak, rasanya dah hampir 5-6 kali. Ini pun baru jak lepas ganti hard disk kat kedai. Ok, antara antivirus yang selalu aku guna adalah seperti AVG 2013AVAST 2013, & macam2x lagi lah. Ramai yang bagi tau, Kaspersky 2013 paling ok setakat ini. So sesiapa yang ada pandangan atau idea, jom kongsi pasal antivirus yang anda rasakan paling terbaik ok.

Saturday, June 8, 2013

Setiap masalah ada jalannya..

Salam Ukhuwah & perkenalan..

Fuhh..penat betul aku bertukang2 mengemas kini keadaan blog aku yg ada problem pasal kotak komen semalam. Masalahnya kan, pembaca tak boleh komen tanpa gunakan google+. tengok kat gmbar ni ;
(klik gambar untuk zoom)

bila kita nak komen, kita kena sign up @ sign in ke google +.  Tiada option untuk kotak komen yg biasa tu...huhu
Bukan apa, aku tu mau kotak komen seperti yg asal bah. Yg macam gambar di bawah ni. Cer tengok betul2x : (klik gambar untuk zoom)

melalui kotak komen yg cam nie, kita boleh komen guna apa2 jak URL. Bebaslah, tidak limited kpd google+ jak kan..

Makanya, klik sana klik sini, cuba tutorial itu ini, akhirnya aku dapat satu jalan penyelesaiannya. Mau tau apa punca masalahnya kunun2x ni. Hah.. ni lah dia punca masalahnya rupa2nya ; 
(klik gambar untuk zoom)

just tengok simbol warna merah yg d tandakan..


Jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah karut-marut ni (haha) ;

1. Pergi ke 'dashboard'
2. Klik 'google+'
3. Lepas tu tengok di dalam gambar di atas tu, yg ada tanda nombor 2 'Use Google+ Comments on this blog? '. Pastikan jgn tick pada kotak kecik ditepi sebelah kiri yg dibulatkan warna merah tu ok. Kalau kamu orang tick pada kotak kecil tu mmg akan jd masalah mcm aku..huhu...

Thursday, June 6, 2013

Amalan diet mengikut sunnah..

Salam Ukhuwah & perkenalan..

Kali ini, aku mau berkongsi pasal DIET. Ramai orang yang beranggapan dengan diet sahaja sudah mampu mengembalikan keseimbangan berat badan juga komposisi rupa bentuk badan kan. Seperti aku, syukur alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan walau kurus jak. Apa orang bilang, 'ndak pandai gemuk2 dari dulu2 lagi'. Muka jak bulat & ala2 gemuk tp badan masih juga kurus..ish3x...

Ok, jadi kali ni aku pun mau cerita sikit pasal diet mengikut sunah rasulullah. Bukan apa, aku ada lah tengok sedikit sedutan pasal diet ni di TV9. Itu rancangan kegemaranku tau. Jom kita selongkar, 22 tips diet mengikut sunnah ;



Tuesday, June 4, 2013

Arena fesyen mengikut 'musim'...

Salam ukhuwah perkenalan buat semua para pembaca...

Cuti-cuti di rumah ni sememangnya ada seronok, ada best tapi satu benda yang paling tidak tinggal ialah 'boring'. Makanya, sambil-sambil menghilangkan rasa boring aku pun joinlah akak aku untuk menyelesaikan beberapa urusan penting di bandar semalam.

Aku dan akak ku pun singgah lah ke Harbour Mall Sandakan. Wah!.. bukan main lagi ya, bandar Sandakan sekarang ni banyak kemajuan sudah. Erm..kesian betullah aku ni... lama sudah jadi orang Keningau, tu lah pasal banyak sudah perkara yang tidak di tahu-tahu pasal bandar kelahiran sendiri kan, (ish3x...)

Masuk jak ke dalam bangunan tu, memang rata-rata ramai yang mengenakan fesyen corak tribal atau aztec. Sehinggakan ianya turut juga diguna pakai untuk handbag, kasut, sandal, dan macam2 lagilah. Tidak kira lelaki ka atau perempuan, memang semua sesuai mengguna-pakai fesyen bercorakkan tribal ini. Mau tau mcm mana rupanya?.. Jom selongkar. Beginilah coraknya >>>


Sebenarnya, muslimah juga sesuai mengenakan fesyen ini, sebab terdapat juga baju-baju muslimah bercorakkan tribal ini yang masih mengekalkan kesopanan dan tidaklah juga terlampau seksi kan. Memang menarik juga trend musim skrg ni. Macam musim sejuk pula di negara kita skrg ni kan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..