Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Tuesday, June 18, 2013

Kembali ke sarang..

Salam ukhuwah & perkenalan semua...
Wah, merujuk kepada tajuk besar di atas, aku ingin menerangkan dengan lebih terperinci supaya mudah difahami, hehe. Bukan apa, lama bertapa di kampung selama 3 minggu, fuhh..lama tuh kan. Makanya, memang terasa macam sekejap sangatlah... tidak terasa pulak.
sioknya di kampung..
Sekarang ni aku pun terpaksalah untuk 'kembali ke sarang'. Bukan 'saranghe' yah...hehe..
'Kembali ke sarang' membawa maksud kembali meneruskan komitmen sebagai seorang penuntut ilmu. Sekembalinya aku di kampus IP Keningau, Sabah memang agak memenatkan. Perjalanan dari kampung ke lokasi berkenaan mengambil tempoh perjalanan selama 5 jam. Itupun kalau ada bas sebaik saja tiba di perhentian. Memang penat amat lah.
Sesampai jak aku di asrama, terus mengemas barang-barang yang siap di 'packing' sebelum cuti semester yang lepas tu. Kan, bilik kat hostel sememangnya digunakan sementara oleh pelatih KDC semasa cuti yang lepas tu.

Penat perjalanan dlm bas pun belum habis, sudah tambah penat mengemas barang-barang & membersihkan seluruh bilik yang berhabuk tu lagik.. erm..sabar jak lah. Sudah begini hidup kan. hehe

Owh yah, tidak berapa lama lagi, bulan ramadhan pun tiba kan. So, korang2x semua dah ada prepare ka?..hehe..InsyaAllah, sama2lah kita beroleh keberkatan di bulan ramadhan yang bakal tiba kelak ya..


Paling utama, ganti 'hutang' tu.. Syukur alhamdulillah, aku sudah ganti sebulan yg lepas.

# Malam ni, aku tidak sabar mau tengok sambungan drama bersiri Teduhan Kasih di tv3, (setiap hari Isnin-Khamis) jam 7 mlm. Korang pun tengoklah, best tau. Mungkin mau sampai ke penghujung sudah tu. Adaptasi dari novel tu..

Sampai bertemu lagi, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..