Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, June 28, 2013

Pentingnya semangat 'kerjasama'...


Salam ukhuwah & perkenalan buat semua pembaca..

Lama juga blog ni x d update..lebih dari seminggu yang lalu.. 

huhu...bukan apa, agak sibuk sebenarnya beberapa ketika ini. Banyak hal kena uruskan sebenarnya. 

Ditambah lagi dengan rangkaian internet di IP kami orang ni sememangnya agak mengecewakan sedikit. ada ura2 mengatakan banyak hacker konon. so, kena hati2lah sikit kan.

2-3 hari ini, aku kurang sihat sikit. Sakit tekak & batuk2 jak. 

Mungkin keadaan jerebu yang belum redha. Memandangkan pula, lokasi persekitaran kami orang ni betul2 berdekatan kawasan bukit & gunung-ganang kan...(cehhh, macam best jak kan kalo dengar ciri2 lokasi tu)..hehe..

Ok, entry aku kali ini, aku nak sentuh berkaitan 'kerjasama'. 


Jom dengar lagu ini, wonder Pets, :: Kerjasama :: 


Best kan kalau hidup kita ni sentiasa ada semangat kerjasama macam dalam lagu 'wonder Pets' tu.. 
Tetapi, zaman sekarang ni... ramai dah orang yang dikelilingi oleh sifat ego masing-masing dan merasakan bahawa mereka jak yang betul. Sehinggakan tidak perlu adanya bantuan dari orang lain sekiranya ada apa-apa masalah. Cubalah buang rasa ego tu jauh-jauh & usaha untuk amalkan semangat kerjasama dalam berpasukan. Tidak kiralah sesama rakan sekelas ke, rakan sekerja ke & sebagainya. Ini ndak..mesti adanya main cakap2 belakang yg mana sama ertinya dengan 'mengumpat'. Amalan negatif tu, memang susah sesangat lah untuk ditepis kan3x...ndak apalah, yg penting kita 'redha' jak lah.


Aku berharap & berdoa semoga suatu hari nanti terbuka jugalah pintu hati untuk mereka 'berubah' ke arah yang lebih baik, insyaAllah.. Aku pun ndaklah sesempurna mana. Namun, aku juga akan cuba berusaha untuk memperbaiki keadaan sebaik yang mungkin, selebihnya tawakal jak lah.. 

# ku berharap ramadhan kali ini penuh makna...(lagi beberapa hari menjelangnya detik itu)..

Sampai bertemu lagi..wassalam...

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..