Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Monday, November 4, 2013

Jauh...


Salam mesra buat semua. Syukur alhamdulillah kerana kita bertemu kembali lagi di sini. Jauh.. erm memang jauh.. Tertanya-tanya kan kenapa aku sebut-sebut pulak pasal jauh. Ramai yang sering melafazkan ungkapan ni :

'Jauh di mata, tapi dekat di hati'

Kadangkala, hanya disebabkan sedikit perselisihan ianya akan menjauhkan jarak perhubungan sesama manusia. Walaupun sebenarnya jarak mereka tidaklah sejauh mana pun. Dekat, sangat dekat. Malah satu rumah, sepejebat, mahupun sebilik. Namun, manusia tetap manusia. Tetap tidak akan dapat lari dari sifat ego. Memang, ego itu adakalanya penting buat setiap individu. Tidak akan habis kalau kita asyik cerita pasal ego kan.



Semua orang mahu orang sekelilingnya menganggap dia sentiasa betul. Mana mungkin sesiapun mahu meruntuhkan sifat ego lantas beralah. Bagi aku, kalau ada pihak luar yang tidak berkaitan mahu masuk campur, boleh. Memang boleh. Tapi cubalah jadi sebagai 'pendamai', bukannya sebagai 'penghasut'..nauzubillah..Jauhkanlah sifat-sifat mazmumah itu..


Semoga esok dan hari seterusnya semuanya kan jadi lebih baik, insyaAllah. Sebagai penghayatan kita bersama, terimalah ;




Oleh itu, di kesempatan ini aku mahu ambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 buat semua muslimin & muslimin. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih ok.

 


Sampai bertemu lagi yah.. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..