Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, October 26, 2013

Doakan segalanya terbaik...

Selamat bertemu kembali buat semua pembaca blog ni..terima kasih kerana masih sudi menjadi pengunjung dan pembaca laman ku ini. Sekarang ni merupakan musim peperiksaan buat kami yang masih lagi bergelar penuntut di IP. Stress tu kadang-kadang adalah jugak. Tapi, aku bersama rakan-rakan seperjuangan tetap berusaha untuk mencari ketenangan sebelum tiba 'berperang'..huhuhu.. 
Doakan kami ok... perjalanan kmi masih pnjg lagi..masih terlalu bnyk halangan yg kmi lalui. suka-duka semuanya bercampur-aduk. Kadang-kadang boleh tekanan juga kalau tidak dapat tahan. Mungkin beginilah caranya untuk kita mengenal erti hidup kan. Bermacam situasi yang aku dapat lihat, rasa dan alami sebenarnya. 
Ada kalanya kita akan terpaksa juga menjadi hakim dlm kehidupan ini. Tapi adil itu yang penting. Berat sebelah bukanlah pemudah cara. Namun, kadang-kadang pengaruh keadaan dan persekitaran tidak dapat dielakkan. Maka, akibat pelbagai pengaruh tersebutlah macam-macam perkara berbentuk negatif berlaku kan.
Manusia pula ada bermacam-macam jenis juga.. Ada yang terlalu obses kepada pemikiran negatif, ada yang terlalu 'over confident' sehingga merasakan diri sendiri sahaja yang betul lantas tidak menyedari kealpaan diri sendiri, ada juga yang tanpa menyedari diri sendiri telah menjadi 'batu api' dalam sesuatu permasalahan, ada juga yang terlalu bersifat 'bias' dalam suatu perselisihan yang hanya memahami masalah dari sebelah pihak tanpa memahami masalah di pihak yang lain, ada juga yang tidak peduli akan perasaan sahabat yang lain hingga mampu membuatkan sahabatnya yang lain terasa dipinggirkan, ada juga yang hanya mengingati sahabatnya di kala susah atau terdesak sahaja, ada juga yang terlalu ego sehinggakan menekan diri sendiri, ada juga yang sanggup mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi oleh sahabatnya sendiri.
Mungkin itulah hikmahnya KARMA. Kerana, bila mana suatu hari nanti setiap apa jua dugaan atau masalah yang dihadapi oleh sesiapa pun jua akan berbalik pada diri sendiri pada masa-masa akan datang kelak, Wallahu'alam. Masa itu, barulah mereka sedar dan faham apa yang dialami oleh sahabat yang lain.
Semoga kata-kata motivasi ini mampu menjadi pedoman dalam kehidupan kita, insyaAllah..
Oklah, apa-apa pun sudilah kiranya jika kita berkongsi pandangan atau kisah menarik di sini ya..
Sampai bertemu lagi..Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..