Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, February 25, 2011

Tak kenal, maka tak cinta..

               Taklimat, kursus ataupun mesyuarat pastinya ada berbaur dengan kebosanan. Namun, kali ini ada satu cerita ingin aku kongsi bersama. Bukan apa, semasa aku menghadiri salah satu taklimat anjuran unit pendidikan islam di pejabat pelajaran, aku tertarik mendengar ceritanya. Tentang kisah benar dari pengalaman seorang wanita yang perrnah berkhidmat sebagai ustazah. Kini, beliau telah dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai pegawai penyelia di unit itu.

               Semasa mendengar sumbang saran dan taklimat yang diberikan oleh beliau, beliau ada menceritakan bagaimana perjalanan hidupnya sehinggalah dia ditakdirkan berkhidmat sebagai seorang ustazah. Menurut ceritanya, dalam usia muda lepasan sekolah menengah sahaja dia telah berkhidmat sebagai guru sandaran. Yalah zaman dulu ni, jika terlibat menjadi guru sandaran senang sahajalah jalan untuk terjun ke bidang perguruan. Terus sahaja diserapkan ke kursus dalam cuti(mod kdc). Bukan macam sekarang ni, terlalu sukar jalan menembusi alam perguruan, walaupun sudah pernah berkhidmat sebagai guru sandaran sekalipun, ianya seakan tidak membawa makna. Semuanya hanya bergantung kepada caturan hidup dan nasib ketentuan qada dan qadar lah katakan. Wallahu'alam.

            Beliau menceritakan pada mula penglibatannya ke bidang ini, menjadi guru agama atau lebih dikenali dengan gelaran ustazah itu langsung tidak pernah terdetik di dalam hatinya. Bagaimana dia boleh menceburkan diri dalam bidang ini hanya kerana perkara yang tidak disengajakan. Suatu ketika, semasa dia bertugas mengajar murid-muridnya di kelas ada seorang lelaki yang berpakaian batik ala-ala Y.B. Memandangkan gelagat dan cara pemakaiannya sedemikian, benar-benar disangka, bapa kepada murid di kelas itu. Lalu, cikgu ini pun tetap meneruskan aktiviti pengajaran & pembelajarannya seperti biasa.
             Kad-kad bergambar dan tulisan-tulisan jawi dijadikan sumber untuk memantapkan sesi P&P nya itu. Semua ini kerana, cikgu ini masih tidak tahu lagi bagaimana untuk memulakan sesi pengajarannya di kelas. Yalah, kerana hari itu merupakan hari pertamanya melapor diri dan mengajar. Tambahan pula masih baru tamat sekolah menengah. Lalu inisiatif ini yang terpaksa digunakan. Terdetik juga di dalam hatinya, "mengapa pulak bapak budak ni menyibuk-nyibuk masuk ke kelas ni". Namun, cikgu tesebut tetap berlagak selamba.
              Ingin ketahui siapakah gerangannya lelaki yang berkemeja batik ala Yang Berhormat itu. Beliau merupakan orang penting. Juga bertugas dalam menguruskan pengambilan kursus para guru ke maktab perguruan. Tidak berapa lama kemudian, cikgu itu telah dihubungi oleh pihak pengurusan maktab perguruan dan didaftarkan mengikuti pengajian bagi opsyen pendidikan islam. Orang yang bertanggungjawab itu sudah semestinya lelaki yang dilihatnya tempoh hari. Sebenarnya pada ketika itu, beliau bertugas menjalankan pemantauan di sekolah.
           Terkejut juga bukan kepalang. Sedangkan pada masa yang sama, opsyen yang dipohon bukanlah opsyen pendidikan islam tetapi bahasa melayu. Bermacam-macam usaha dilakukan untuk menukar opsyen ke opsyen yang lain, tetapi menemui kegagalan. Jikalau boleh dia lebih sanggup mengambil opsyen pendidikan jasmani daripada opsyen itu. Mengapa?..kerana dia tidak minat untuk menjadi guru agama. Ditambah lagi dengan keletah dan gaya perwatakannya yang bertentangan dengan profile seorang ustazah. Namun takdir telah menjadi satu keputusan yang muktamad.
            Dia terpaksa redha dengan ketentuan ini. Takdir telah menemukannya kepada tugas mulia ini. Selama bertahun-tahun dia menjalankan khidmat sebagai ustazah, namun masih belum boleh mencintai pekerjaan ini. Bila kita tidak boleh mencintai kerjaya kita sendiri, sukar sebenarnya untuk kita mencurahkan bakti atau ilmu dengan ikhlas. Pada masa yang sama, berkatnya juga turut gagal disampaikan kepada para penerimanya. Siapa lagi kalau bukan anak-anak didik.
  
              Yalah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak cinta'. Sukar rasanya jika kita tiada rasa cinta. Namun boleh dipupuk kan. Usahanya tanpa putus asa untuk mencintai pekerjaannya itu tidaklah sia-sia. Jikalau tidak masakan dia ada pada hari ini, menyandang jawatan atasan. Tidak ketinggalan untuknya memberikan nasihat, jika kita berada di situasi "Senior mengarah Junior" faham-fahamlah kan makudnya orang baru biasanya tidak akan lari daripada 'kena buli'. Anggaplah itu sebagai ilmu. Tidak perlu terlalu berfikiran negatif.

              Menjadi orang baru dalam sesebuah oganisasi ni, memanglah banyak cabarannya. Paling penting fikir positif sahajalah. Tidak susah kan. Terus terang aku katakan, aku rasa lebih dihargai, bila aku diarahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berada di luar lingkungan tugasanku sebenarnya. Sebagai contoh aku pernah diarahkan bertugas sebagai guru pengiring bagi peserta-peserta PPIM.
              Sedangkan guru-guru agama yang lain menjadikan alasan kesibukan sebagai kupon untuk meminta pengecualian atau pelepasan. Memang mencabar tugas sebagai guru pengiring. Mana tidaknya jika ada apa-apa terjadi kepada para peserta, siapa yang bertanggungjawab jikalau bukan guru pengiring kan. Alhamdulillah segalanya lancar tanpa masalah. Cabaran itu baru sekecil kuman. Masa akan datang mungkin lebih besar lagi. Wallahu'alam.
                Namun, jikalau dilihat dari kaca mata positifnya ianya menjadikan aku bertambah matang dan aku boleh mengenal erti sebenar nilai dedikasi dan tangungjawab. Aku tidak menganggap itu sebagai 'kena buli', tetapi aku lebih menganggap itu sebagai pengetahuan membina jati diri. Jadi, kena ingat apa jua keadaan yang pada mata kasarnya nampak negatif mesti ada cahaya atau hikmah yang bermakna buat diri kita. Ingat pesan ustazah tadi tu, anggap semuanya sebagai ilmu. InsyaAllah...

3 comments:

  1. as salam fironika....

    dalam apa-apa perkara yang kita lakukan, kata pepatah TAK KENAL MAKA TAK CINTA tuu...memang sangat bertepatan...walaupun pada mulanya kita tak sukakan sesuatu perkara yang kita buat, tapi lama-kelamaan kalo dah kenal maka otomatik kita akan jadi suka pada pekerjaan yang pada mulanya kita tak suke tuu kan...hehehe...

    selamat dtg ke dunia perguruan skali lagi ekk.....

    ReplyDelete
  2. wlkmslm,..terima kasih,shbt.sblm ni, x pernah terlintas d fikiran, atau bercita2 pun ingin jd guru.tp mmg sudah takdir kan. redha sj la dgn ketentuaan penuh hikmah.alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. bw...monink! :) dear, vit tu bagus okie :) vitC bagus utk muke jugak :)

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..