Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Tuesday, February 8, 2011

Pengembaraan + pengalaman unik = berharga..

Simpang Mengayau, Sabah.
Bagi aku, namanya begitu pelik sekali. Mungkin ada maksud tersirat di sebalik nama itu. Pengembaraan rombongan kami sekeluarga telah menjejak ke senja hari. Langit pada waktu itu agak kelam. Gelap jugak keadaannya pada waktu itu. Namun, hajat kami untuk berkunjung di lokasi itu termakbul juga akhirnya. Yalah, bukan senang untuk menjejak kaki ke tempat yang sering kali menjadi sebutan di kalangan ramai pengunjung. Ada desas-desus yang mengatakan tempat tersebut dahulunya pernah menjadi salah satu tempat yang dijadikan markas pertahanan dan perlindungan para tokoh pahlawan dalam usaha menentang para penjajah.


Angin menderu agak dingin. Lihat sahaja keadaan di dalam gambar yang tertera. Jadi, bila anda berkunjung di sini, kenalah berhati-hati. Tambahan lagi apabila berkunjung bersama-sama dengan anak-anak kecil. Sentiasalah berhati-hati, khuatir ada pula mengundang perkara yang tidak diingini, nauzubillah…
Hampir melewati waktu maghrib, begitu gelap sekali keadaan malam itu. Kami meneruskan perjalanan untuk meninggalkan tempat itu. Ingin mengejar waktu solat yang tidak lama lagi hampir dilewati. Ramai di kalangan ahli rombongan ingin menggunakan tandas yang terdapat di sana. Namun, aku bersama dengan anak-anak saudaraku hanya berehat di dalam kenderaan. Tidak berapa lama kemudian, seorang kakak aku meminta tolong aku untuk mendapatkan botol mineral nya yang tertinggal di dalam tandas. Tanpa berlengah, aku pun terus sahaja pergi ke tandas untuk mendapatkan barang tersebut. Setibanya aku di dalam tandas itu, aku merasakan seakan-akan ramai orang yang menggunakan tandas tersebut. Aku menyangka ada tukang pembersih yang sedang bertugas pada ketika itu. Langsung tidak terlintas di fikiranku saat itu, mana mungkin pada waktu malam, mereka masih bertugas lagi. Aku seakan-akan dipengaruhi oleh sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah ia. Hanya Allah s.w.t yang bisa mentafsirkannya, wallhu’alam.

Sebenarnya tidak salah untuk kita mempercayai “perkara ghaib”. Cuma janganlah sehingga ianya membuatkan kita taksub dan lupa kepada keimanan. Mujurlah, aku tersedar apabila kakak aku telah masuk ke tandas. Segala-galanya menjadi misteri. Mungkin hanya mainan perasaan ku sahaja ketika itu.
Makanya, walau di mana kita menjejak kaki terutamanya di tempat yang agak baru dan janggal untuk dikunjungi beringat-ingatlah kita. Hendaklah kita menjaga batas perlakuan dan menghormati adab apabila melawat tempat tersebut. InsyaAllah, dengan diiringi niat yang baik pasti kita akan dijauhi oleh perkara-perkara yang tidak baik. Wallahu’alam…

Sebagai penghayatan dan amalan kita bersama, jadikanlah ayat suci ayat kursi ini sebagai pengiring serta pelindung dari perkara-perkara yang tidak dingini, InsyaAllah..kerana, hanya Allah s.w.t yang maha besar dan maha berkuasa dalam menentukan segalanya...

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..