

Seawal pagi lagi aku telah tiba ke perkarangan bangunan sekolah yang begitu tinggi itu. Aku berjalan kaki untuk menuju ke bangunan sekolah, terdapat segelintir murid-murid yang menyapa aku dan mengucap tanda hormat.

Murid 2: Cikgu, bila cikgu masuk ke kelas mengajar bahasa melayu di kelas kami,cikgu?..
Murid 3: Yalah cikgu, kami sudah tidak sabar. Kami teringin sangat cikgu mengajar kami bahasa melayu. Cikgu, nanti tolong beritahu guru besar, kami nak cikgu ajar kami. Tolong ya, cikgu.
Aku hanya mengangguk senyum membalas pertanyaan mereka. Hairan juga, beriya-iya sangat mereka mengajukan permintaan itu. Lama-kelamaan aku sudah boleh menyesuaikan diri di tempat baru itu. Memang agak sukar pada mulanya. Apa taknya, perhimpunan sekolah setiap pagi Isnin akan diacarakan menggunakan bahasa rasmi mereka iaitu bahasa cina. Aku hanya bertindak sebagai pemerhati. Terdapat juga guru-guru yang prihatin dan memberikan tunjuk ajar serta membantuku memahami segala pengumuman yang mereka utarakan menggunakan bahasa kebangsaan itu.

Sewaktu di kelas pada waktu itu, aku sedang bertugas menggantikan seorang guru yang sedang cuti sakit. Terdapat segelintir murid berasa sangat gembira dengan kehadiranku di kelas mereka. Mereka sangat gembira, terdetik juga rasa hairanku dengan kerenah mereka itu.


Pernah suatu ketika, aku telah diarahkan untuk menjadi guru pembimbing untuk syarahan bahasa malaysia. Pada hari pertandingan Piala Syarahan bahasa Malaysia, sekaligus aku dilantik menjadi salah seorang pemeriksa ujian bertulis seluruh sekolah-sekolah peringkat daerah. Syukur alhamdulillah, sekolah kami telah mendapat pingat johan. Guru-guru lain sangat bangga dan tidak sangka mendapat berita gembira itu. Inilah julung-julung kalinya sekolah mereka berjaya menjunjung pingat johan bagi kategori syarahan bahasa malaysia. Aku bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t ini....Alhamdulillahirabbil'alamin.


Ada detik-detik tertentu aku terpaksa menaiki bas untuk menuju ke sekolah. Mendaki bukit yang sangat curam. Ditambah dengan keadaan sunyi begitu menambah rasa gerun sebenarnya. Memang tidak dinafikan rasa gerun apabila melalui jalan yang sunyi sepi. Sehinggakan aku pernah melewati jalan raya yang sunyi tanpa kenderaan yang sibuk melalui jalan itu. Kerana terpaksa, aku gagahkan diri. Berserta doa serta tawakal, alhamdulillah aku masih selamat hingga ke hari ini.
Semasa menghadiri pelbagai kursus, ianya telah memberikanku ruang untuk mengenali rakan-rakan dan kenalan yang begitu mesra. Pertemuan kami menjalinkan persahabatan yang tidak mengenal usia. Setiap kali menghadiri kursus, aku adalah di antara guru yang memiliki usia sangat muda sekali.
Tawa dan lawak jenaka segelintir guru-guru yang turut hadir semasa aktiviti kursus dijalankan begitu memeriahkan suasana. Aku terasa sedikit selesa. Tidaklah begitu terpinggir disebabkan status kelulusanku yang sangat rendah jika dibandingkan dengan mereka. Rasa rendah diri masih belum terhakis lagi.

InsyaAllah, aku berdoa perkara yang sama. Semoga rezeki yang dilimpahkan Tuhan akan beralih kepadaku kelak.Amin Ya Rabbal'alamin.
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!