Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Tuesday, March 1, 2011

Anjakan paradigma..

          Hari sabtu yang lalu, alhamdulillah aku bersyukur kerana terbuka juga pintu hati Guru Besar di sekolah kami untuk menganjurkan ceramah motivasi yang bertajuk "Anjakan Paradigma". Jemputan khas yang dijemput untuk menyempurnakan acara ceramah khas itu seseorang yang agak istimewa, Ustaz Asmin Amin nama diberi. Beliau merupakan anak jati dari Semawang, Beluran. Kini bertugas sebagai guru di smk agama sandakan. Suaranya memang tidak asing lagi kedengaran di corong-corong radio sandakan fm.  Sudut ceramah agama merupakan segmen yang tidak asing buatnya menyempurnakan.

        Walau usia yang agak muda, namun itu bukan penghalang baginya untuk menghakis keyakinan memberikan nasihat kepada golongan guru-guru yang jauh lebih senior darinya tika itu. Itulah dia keyakinan merupakan kunci kejayaan kita, insyaAllah. Menurut beliau, sebagai manusia memang kita tidak akan dapat lari dari masalah. Masalah boleh diibaratkan sebagai garam. Cuba bayangkan jka anda meminum segelas air yang mengandungi segumpal garam, rasanya tidak menyelesakan, bukan. Tapi jika anda meletakkan segumpal garam di air perigi pasti rasanya jauh lebih baik berbanding keadaan sebelum tadi bukan.
          Ini membawa maksud jika kita kita menghadapi masalah dengan kelemahan hati, masalah pastinya begitu memberatkan diri sendiri. Namun, jika kita hadapi dengan kekuatan semuanya akan jadi ringan. InsyaAllah. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha, tapi Yang maha berkuasa menentukannya ialah Allah s.w.t. Wallahu'alam. Bertawakal dan redha lah dengan setiap ketentuan, kerana pasti terselitnya hikmah. InsyaAllah. Gambar rajah ini boleh kita rujuk bersama ya. : 
      Menurut beliau lagi, sesorang yang baik itu sememangnya bermula dari hati. Tidak kiralah apa jua gelaran yang disandang. Ustaz? ustazah? cikgu? tok imam? dan apa-apa jua pun, ianya tidak membuktikan sesorang itu baik, kerana ianya bermula dari hati. Wallahu'alam. Hanya Allah s.w.t maha mengetahui segalanya.

Jadi, 5 panduan menjaga hati mungkin dapat dijadikan panduan, insyaAllah.

1. Baca Al-quran, jadikannya panduan :-Zaman sekarang yang serba moden & canggih ni kan memang banyak kitab al-quran yang lengkap berserta terjemahannya sekali. Itu pastinya bukan lagi penghalang untuk kita menjadikan kandungan kitab suci ini sebagai panduan dalam meniti hidup, InsyaAllah.

2. Banyakkan berpuasa :- Seperti yang sedia maklum, berpuasa bukan setakat menahan diri dari lapar atau dahaga, juga berfungsi sebagai melahirkan ketahanan secara fizikal & mental. Daya tahan nafsu kemarahan dan sekutunya.

3. Solat malam :-Alangkah indahnya, jika kita melakukan solat sunat di malam hari jika susah sangat untuk lelapkan mata memikirkan beban masalah. InsyaAllah, jiwa bertambah tenang.

4. Zikir:- Sebenarnya banyak zikir yang boleh kita amalkan. Contoh paling senang, baca bismillah setiap kali melakukan apa sahaja pun. InsyaAllah, kerja susah boleh jadi senang. Berkatnya sentiasa menghampiri kita. Bagi guru-guru pulak, sebelum memulakan aktiviti pembelajaran lebih berkat dimulakan dengan doa belajar serta bacaan surah al-fatihah secara kelas(yang muslim).

5. Berkumpul dengan orang yang solleh:- cuba berkongsi masalah bersama mereka.


     Maka, semoga kita semua akan mendapat berkat dan boleh dijadikan panduan bersama dalam menyelesaikan apa jua masalah. Jangan lupa, jadikan tekanan sebagai pendorong membina. Berfikiran positif.

Akhir kata, sebagai renungan kita bersama:

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah KEBIMBANGAN” (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.)

3 comments:

  1. sharing is caring dr cintabungablogspot :)


    jom meh

    http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/eh-cik-bunga-pon-amek-epo.html

    ReplyDelete
  2. jalan sini lagi ;) heheh...





    nak tukar template cun? Klik sini

    http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/bertukarrrrrr.html


    nak cek SPR? da daftar ke belum nie hah??

    http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/wahai-pengundi-tegarrr-jom-semak.html

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..