Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Tuesday, February 1, 2011

Jodoh sementara cuma...

Indah sungguh reka bentuknya, bukan. Aku berjaya memilikinya dan hatiku begitu meminati aset ini disebabkan ianya begitu unik, ditambah lagi oleh gambar yang diambil daripada kameranya yang begitu jelas. Tambah membuatkan aku tertarik lagi adalah rangkaian internet  wifi yang mempunyai kapasiti kelajuan begitu mengkagumkan. Aku berjaya memiliknya hanya dengan harga tunai RM 750 sahaja.

1 BULAN KEMUDIAN,

         Satu detik yang sukar dilupakan. Dimana aku sedang menjamu selera di satu tempat awam. Kafe umum yang begitu ramai dikunjungi oleh pengunjung aneka ragam saat itu. Apa taknya, hari itu merupakan hujung minggu. Semestinya hari yang sentiasa dijadikan sebagai hari bertemu mesra dan keramaian bersama rakan-rakan, sanak saudara mahupun ahli keluarga.
            Setibanya aku di lokasi itu, aku selesai memesan santapan mini yang secara maklumnya adalah khidmat layan diri. Apa lagi, aku pun terus sahaja membuka telefon bimbit ku itu. Perkhidmatan wifi yang disediakan di kafe itu tidak akan disia-siakan oleh ku. Kemudian, aku terus melayari internet dengan khusyuknya. 
            Pada saat-saat itu, aku dapat merasakan ada sesuatu yang membuatkan aku rasa tidak sedap hati. Seakan ada mata-mata yang sentiasa memerhatikan gerak geriku. Aku terasa seperti ada kuasa lain yang seakan-akan ingin mengusir ku seberapa segera mungkin. Entah mengapa, aku terus tergesa-gesa beredar dan tidak dapat berfikir secara rasional lagi.
           Sesampainya aku di dalam kereta, aku melihat beg tanganku. Sesuatu yang begitu berharga telah tiada di situ. Apa lagi, aku begitu panik dan berpatah kembali ke tempat yang aku lewati sebentar tadi. Setibanya di tempat tersebut, aku terus mencari-cari di mana tempat duduk ku itu. TIADA, hanya meja yang licin. Bertanya dengan para pelayan, juga jawapan yang sama. Begitu mengecewakan. Aku sudah tidak tahu berbuat apa lagi. Lantas aku menggunakan telefon awam dan cuba menghubungi nombor telefon bimbitku. Tetapi, mana mungkin ada dijawab. Hanya 1 dalam sejuta sahaja orang yang dilahirkan jujur di dunia ini. Wallahu'alam. Aku tetap tidak berputus asa dan bertahan lama di kafe tersebut untuk berusaha menyiasat melalui litar kamera yang disediakan di kafe itu. Namun, hanya sia-sia sahaja. Mengapa?..Ini kerana, pada masa kejadian, aku berada di tingkat atas. Sedangkan litar kamera hanya ditempatkan di tingkat bawah sahaja. 
       Jadi, kesudahannya aku hanya berserah kepada illahi. Tiada gunanya walau aku menyumpah seranah sekalipun. Jika ianya hanya mendatangkan dosa. Inilah yang dikatakan sebgai hikmah. Seeloknya aku niatkan sahaja ianya sebagai sedekah jariah. Semoga dengan niat sedekah ini, aku akan dimurahkan rezeki. Aku sangat bersyukur dengan ujian yang Allah berikan ini. Sekurang-kurangnya ia dapat mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan tiada rasa prejudis dalam meniatkan sedekah ke arah keikhlasan tanpa rasa bersalah, menyesal mahupun kebencian.. InsyaAllah...

Jodoh kami hanya bertahan selama 30 hari. Setidak-tidaknya, aku dapat merasakan nikmat nya juga. Alhamdulillah'irrabil'alamin...




No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..