Ingin sekali aku kongsi bersama tentang kisah menarik bagiku ini. Ini merupakan satu kisah benar sebenar-benarnya. Walau ianya telah ku tinggalkan sepi dahulu kala, namun tetap segar dalam ingatanku kini. Suatu ketika aku amat mengkagumi salah seorang insan yang banyak mengajar dan mendidik anak-anak didiknya sehingga berjaya kini.
Apa yang menjadikan aku sedikit hairan, aku lebih banyak mendengar khabar keaibannya dari yang baik tentang lahiriahnya. Bagi aku, mungkin 'no komenlah' tentang sejauh mana kebenarannya itu. Satu perkara yang aku tetap serapkan dalam diriku ialah, sebagai hamba Allah yang maha kerdil ini, tidak selayaknya kita menghitung sejauh mana berat atau ringannya dosa pahala orang lain. Wallhu'alam. Beliau merupakan seorang ustazah yang ditugaskan mengajar di kawasan luar bandar. Aku kagum dengan keberanian juga daya kreativitnya. Pernah suatu ketika, beliau berjaya menghasilkan sebuat sketsa drama tentang "SAKARATULMAUT".
Melihatkan usahanya dalam meghasilkan sketsa drama itu yang bertemakan ajal-maut begitu menarik minat. Orang ramai yang menyaksikan sketsa pementasan pada masa itu begitu kagum dengan keunikan dan pelbagai penerapan kisah-kisah menyeramkan yang merentasi setiap saat klimaks penceritaannya.
Melihat dari raut wajahnya yang jelita, ramai juga mata-mata yang mencuri pandang memandang kejelitaannya. Namun, pelik sehingga kini dia ghaib tanpa khabar berita. Cerita-cerita pelik pula begitu banyak didengari berkaitan kemunculannya di beberapa buah tempat. Kali terakhir aku mendengar tentang khabar beritanya adalah dia pernah dilihat muncul di makkah. Ini dikhabarkan oleh beberapa kenalannya yang sedang menunaikan haji pada masa itu. Tetapi hanya sekilas pandang sahaja, setelah itu ghaib entah ke mana.
Ada yang mengatakan dia mempunyai seorang adik kembar yang sudah menjadi pemastautin di Mesir. Entahlah aku cukup pelik dengan cerita ini. Entah sejauh mana kebenaran kisah ini. Apa yang pasti hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui. Wallhu'alam...Walau apa-apa pun aku akan tetap mendoakan semoga tuan empunya diri sentiasa dilimpahkan kesejahteraan..amin..
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!