Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, May 30, 2013

Kisah 'Bobolian'..bersempena 'Tadau Kaamatan'...

Salam ukhuwwah & Shalloom...

Perasan atau tidak, sebenarnya hari semalam merupakan sambutan perayaan tadau kaamatan yang disambut oleh masyarakat kadazan dusun. Ok, oleh itu kali ini aku mau kongsi sikit lah info pasal tadau kaamatan ni dengan kamu orang semua ya.

 Sikit info pasal tadau kaamatan yang dipetik dari laman rasmi Portal Rasmi Kementerian & Komunikasi Multimedia Malaysia :

Tadau Kaamatan merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobolian’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobolian sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.


Aku teringat lagi tentang kisah sejarah yang sering kali berkumandang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi tentang cerita 'bobolian'. Ada juga masyarakat yang beranggapan bahawa ini hanya cerita dongeng dan mitos semata. Namun, tidak kurang juga ada yang masih lagi percaya dan setia dengan kepercayaan tersebut. Yalah, mungkin adat dan kepercayaan sebegini masih lagi dipegang kuat oleh sesetengah masyarakat yang terdiri daripada etnik yang menyambut perayaan ini.


Bagi masyarakat tersebut, bobolian merupakan bomoh dan dipercayai boleh menyembuhkan sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan sakit apa pun jua. Oleh itu, bobolian atau bobohizan ini dianggap penting kerana memainkan peranan besar di dalam masyarakat tersebut. Sehinggakan masyarakat tersebut juga percaya kepada setiap ramalan yang diberikan olehnya. 

Itu cerita dulu kala, namun sekarang kalau kamu orang mau tau sebenarnya bobolian ini masih lagi dianggap penting dalam masyarakat kadazan dusun-murut-rungus ini. Sehinggakan ada di antara bobolian ini yang masih lagi meneruskan hidup walaupun berusia mencecah lebih seabad tahun. Apa-apa pun, diharapkanlah adat dan kepercayaan ini masih lagi berkekalan dan tidak hilang ditelan zaman kan.

Tidak Lupa juga kalau kamu orang berminat, jomlah kita pi ke website ini >>> Senarai Finalis Unduk Ngadau Kaamatan KDCA 2013|Gambar Unduk Ngadau 2013. Rugi, ndak tengok tau..hehehe

Oklah, semoga kali ini kita sudah berkongsi banyak info dan maklumat yg berguna untuk pedoman kita bersama ok.

Akhir kalam, jom sama-sama kita berhibur dengan video pasal lagu 'Tadau Kaamatan' :

Semoga terhibur yah !!!


Wassalam...tqvm !!!

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..