Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, March 24, 2011

Pelaksanaan KSSR..hanya diiringi keluhan..

Assalamualaikum..sejahtera semua..



        KSSR?...memang tidak sah kalau tidak ku iringi dengan keluhan. Rasanya, pelaksanaan kssr kali ini untuk murid-murid tahun 1 memberi kesan kurang menyenangkan. Mungkin masih dalam proses penyesuaian untuk penggunaan kali pertama pada tahun pertama. Tapi, buktinya aku melihat di sekeliling ku, para guru yang ditugaskan mengajar murid tahun 1 yang mana menggunakan pelaksanaan KSSR ini memang tidak lepas dari mengeluh.

          Sebenarnya, bukan mereka sahaja. Malahan tempiasnya turut aku rasai. Sukar juga ingin menyesuaikan diri dengan pelaksanaan KSSR ini. Dalam seminggu dua ini, sekolah kami sentiasa dalam debaran menanti ketibaan para pemantau dari SPP, yang mana dikhuatiri akan memantau sejauh mana keberkesanan pelaksanaan KSSR juga terlibat LINUS.

        Keluhan yang banyak aku dengari antaranya melibatkan masalah pelaksanaan KSSR yang bersifat "last minit". Apa taknya, pada tahun lalu sahaja kursus KSSR yang diadakan untuk guru-guru sekolah rendah berlangsung sangat mendadak. Sehinggakan seorang guru kena menghadiri 3-4 kali kursus bagi mata-mata pelajaran yang berlainan. Lebih teruk, guru yang bukan opsyen bagi mata pelajaran tersebut terpaksa menjadi wakil bagi menggantikan guru yang sepatutnya pergi menghadiri kursus itu. Disebabkan sebilangan daripadanya diadakan serentak dan berlanggaran.

      Pada waktu itu, aku juga tidak terlepas dari menghadiri 4 kali kursus KSSR bagi mata pelajaran PAI, DSV, PJ, & PK. Agak menyeronokkan juga lah apabila bertemu dengan banyak kenalan dari kalangan macam ragam kerenah guru-guru dari sekolah lain. Pelbagai pengalaman menarik sebenarnya. Pernah suatu ketika Jurulatih Utama (J/U) yang dilantik untuk mengadakan ceramah merupakan guru yang baru sahaja menghabiskan pengajian di maktab. 2 orang J/U ini dilantik untuk memberikan cermah kursus secara tanpa rela. Bidang terjun lah katakan. Apa lagi, guru-guru lama yang diberikan ceramah kursus KSSR pada kali itu menghentam habis-habisan. Kesian juga melihat J/U yang kena buli itu. Apa boleh buat, sudah nasib. Nasib kita sendiri pun tidak tahu bagaimana lagi pada masa akan datang. Hanya berpandukan kepada rukun iman ini (Percaya kepada qada & qadar)..InsyaAllah.

*Tahun 2011 ini pula dijangka pelaksanaan kursus akan datang KSSR Tahun 2. Keluhan terbaru akan datang kelak.. ;)

        Pengajaran dari blog kali ini :

Makanya, kena ada persediaan dari segi fizikal terutamanya mental. Namun, yang paling penting sentiasa positif dalam segala hal. Hidup ini tidak akan bermakna tanpa cabaran. Kerana dugaan yang buruk mahupun cabaran yang dilemparkan oleh orang sekeliling itulah yang akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..