Salam mesra..Assalamualaikum..Seperti sedia maklum, musim perayaan Valentine's day sekarang ini hampir, akan atau sedang diraihkan oleh masyarakat umumnya. Namun, saya yakin & pasti semua sudah maklum apa hukumnya dalam islam bukan. Maka, saya lampirkan sedikit bingkisan. Alhamdulillah, sumber bermanfaat ini, saya peroleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Bolehlah kiranya dijadikan panduan kita bersama, insyaAllah.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi
aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman,
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan
menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan
dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!