Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, February 25, 2011

Tak kenal, maka tak cinta..

               Taklimat, kursus ataupun mesyuarat pastinya ada berbaur dengan kebosanan. Namun, kali ini ada satu cerita ingin aku kongsi bersama. Bukan apa, semasa aku menghadiri salah satu taklimat anjuran unit pendidikan islam di pejabat pelajaran, aku tertarik mendengar ceritanya. Tentang kisah benar dari pengalaman seorang wanita yang perrnah berkhidmat sebagai ustazah. Kini, beliau telah dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai pegawai penyelia di unit itu.

               Semasa mendengar sumbang saran dan taklimat yang diberikan oleh beliau, beliau ada menceritakan bagaimana perjalanan hidupnya sehinggalah dia ditakdirkan berkhidmat sebagai seorang ustazah. Menurut ceritanya, dalam usia muda lepasan sekolah menengah sahaja dia telah berkhidmat sebagai guru sandaran. Yalah zaman dulu ni, jika terlibat menjadi guru sandaran senang sahajalah jalan untuk terjun ke bidang perguruan. Terus sahaja diserapkan ke kursus dalam cuti(mod kdc). Bukan macam sekarang ni, terlalu sukar jalan menembusi alam perguruan, walaupun sudah pernah berkhidmat sebagai guru sandaran sekalipun, ianya seakan tidak membawa makna. Semuanya hanya bergantung kepada caturan hidup dan nasib ketentuan qada dan qadar lah katakan. Wallahu'alam.

            Beliau menceritakan pada mula penglibatannya ke bidang ini, menjadi guru agama atau lebih dikenali dengan gelaran ustazah itu langsung tidak pernah terdetik di dalam hatinya. Bagaimana dia boleh menceburkan diri dalam bidang ini hanya kerana perkara yang tidak disengajakan. Suatu ketika, semasa dia bertugas mengajar murid-muridnya di kelas ada seorang lelaki yang berpakaian batik ala-ala Y.B. Memandangkan gelagat dan cara pemakaiannya sedemikian, benar-benar disangka, bapa kepada murid di kelas itu. Lalu, cikgu ini pun tetap meneruskan aktiviti pengajaran & pembelajarannya seperti biasa.
             Kad-kad bergambar dan tulisan-tulisan jawi dijadikan sumber untuk memantapkan sesi P&P nya itu. Semua ini kerana, cikgu ini masih tidak tahu lagi bagaimana untuk memulakan sesi pengajarannya di kelas. Yalah, kerana hari itu merupakan hari pertamanya melapor diri dan mengajar. Tambahan pula masih baru tamat sekolah menengah. Lalu inisiatif ini yang terpaksa digunakan. Terdetik juga di dalam hatinya, "mengapa pulak bapak budak ni menyibuk-nyibuk masuk ke kelas ni". Namun, cikgu tesebut tetap berlagak selamba.
              Ingin ketahui siapakah gerangannya lelaki yang berkemeja batik ala Yang Berhormat itu. Beliau merupakan orang penting. Juga bertugas dalam menguruskan pengambilan kursus para guru ke maktab perguruan. Tidak berapa lama kemudian, cikgu itu telah dihubungi oleh pihak pengurusan maktab perguruan dan didaftarkan mengikuti pengajian bagi opsyen pendidikan islam. Orang yang bertanggungjawab itu sudah semestinya lelaki yang dilihatnya tempoh hari. Sebenarnya pada ketika itu, beliau bertugas menjalankan pemantauan di sekolah.
           Terkejut juga bukan kepalang. Sedangkan pada masa yang sama, opsyen yang dipohon bukanlah opsyen pendidikan islam tetapi bahasa melayu. Bermacam-macam usaha dilakukan untuk menukar opsyen ke opsyen yang lain, tetapi menemui kegagalan. Jikalau boleh dia lebih sanggup mengambil opsyen pendidikan jasmani daripada opsyen itu. Mengapa?..kerana dia tidak minat untuk menjadi guru agama. Ditambah lagi dengan keletah dan gaya perwatakannya yang bertentangan dengan profile seorang ustazah. Namun takdir telah menjadi satu keputusan yang muktamad.
            Dia terpaksa redha dengan ketentuan ini. Takdir telah menemukannya kepada tugas mulia ini. Selama bertahun-tahun dia menjalankan khidmat sebagai ustazah, namun masih belum boleh mencintai pekerjaan ini. Bila kita tidak boleh mencintai kerjaya kita sendiri, sukar sebenarnya untuk kita mencurahkan bakti atau ilmu dengan ikhlas. Pada masa yang sama, berkatnya juga turut gagal disampaikan kepada para penerimanya. Siapa lagi kalau bukan anak-anak didik.
  
              Yalah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak cinta'. Sukar rasanya jika kita tiada rasa cinta. Namun boleh dipupuk kan. Usahanya tanpa putus asa untuk mencintai pekerjaannya itu tidaklah sia-sia. Jikalau tidak masakan dia ada pada hari ini, menyandang jawatan atasan. Tidak ketinggalan untuknya memberikan nasihat, jika kita berada di situasi "Senior mengarah Junior" faham-fahamlah kan makudnya orang baru biasanya tidak akan lari daripada 'kena buli'. Anggaplah itu sebagai ilmu. Tidak perlu terlalu berfikiran negatif.

              Menjadi orang baru dalam sesebuah oganisasi ni, memanglah banyak cabarannya. Paling penting fikir positif sahajalah. Tidak susah kan. Terus terang aku katakan, aku rasa lebih dihargai, bila aku diarahkan untuk menjalankan tugas-tugas yang berada di luar lingkungan tugasanku sebenarnya. Sebagai contoh aku pernah diarahkan bertugas sebagai guru pengiring bagi peserta-peserta PPIM.
              Sedangkan guru-guru agama yang lain menjadikan alasan kesibukan sebagai kupon untuk meminta pengecualian atau pelepasan. Memang mencabar tugas sebagai guru pengiring. Mana tidaknya jika ada apa-apa terjadi kepada para peserta, siapa yang bertanggungjawab jikalau bukan guru pengiring kan. Alhamdulillah segalanya lancar tanpa masalah. Cabaran itu baru sekecil kuman. Masa akan datang mungkin lebih besar lagi. Wallahu'alam.
                Namun, jikalau dilihat dari kaca mata positifnya ianya menjadikan aku bertambah matang dan aku boleh mengenal erti sebenar nilai dedikasi dan tangungjawab. Aku tidak menganggap itu sebagai 'kena buli', tetapi aku lebih menganggap itu sebagai pengetahuan membina jati diri. Jadi, kena ingat apa jua keadaan yang pada mata kasarnya nampak negatif mesti ada cahaya atau hikmah yang bermakna buat diri kita. Ingat pesan ustazah tadi tu, anggap semuanya sebagai ilmu. InsyaAllah...

Monday, February 21, 2011

Baru bagiku..

    Kebelakangan ni aku sibuk sikit. Banyak urusan segera perlu kuselesaikan. Kontrak menjadi guru sandaran baru sahaja tamat. Secara mengejut, aku dihubungi oleh pihak pejabat. Berita ini mungkin agak menggembirakan jugak lah. Sekurang-kurangnya menambah sedikit kesyukuran. Walau hanya seketika cuma.
            Aku mendapat tawaran lantikan semula berkhidmat sebagai pendidik. ya, "ustajah" lah katakan. 3 kali aku berkhidmat sebagai pendidik, 3 kali jugak lah aku menceburi pelbagai cabaran dan situasi yang berbeza-beza. Jika pada tahun 2009, aku bertugas di sekolah yang agak jauh jaraknya dari rumah sehinggakan aku perlu menaiki 2 kali bas untuk sampai ke destinasi. Namun, cabaran tidaklah segetir mana alhamdulillah.
             2010, aku bertugas di sebuah sekolah yang dikelilingi oleh bangsa dan agama yang berbeza dariku. Ya, sekolah jenis kebangsaan cina. Tambahan lagi jalan menuju ke sekolah itu sangat mencabar sebenarnya.  Aku juga pernah mendaki jalan sunyi yang digelar 'jalan ular' itu berseorangan diri, kerana tiada pilihan tika itu. Hanya doa serta tawakal sebagai peneman. Alhamdulilah, tiada perkara buruk menimpa. Perasaan terasing memang tidak dapat aku sangkal ketika itu. Tetapi, alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri bergaul mesra bersama rakan sejawatan itu. Mereka tetap mesra melayaniku. Terasa sedikit terharu pabila terpaksa meninggalkan tempat itu.
             2011, sekarang aku terpaksa 'menurut perintah'. Di sini, aku bertugas di sebuah sekolah yang sangat besar. Guru-guru seramai 40 orang masih belum memadai untuk menampung terlalu ramai murid. Jika dulunya aku hanya bertugas di sekolah yang sederhana besar juga sedikit murid. Namun, kali ini aku ditugaskan ke sekolah yang besar pulak. Jika dulunya aku ditugaskan sesi pagi. Sekarang aku terpaksa bertugas sesi petang. Perjalanan menuju ke sekolah terpaksa menaiki 2 kali bas. Tiba dari sekolah pula, biasanya aku akan sampai hampir melewati jam 7 malam. Cabaran ini membuatkan aku bersyukur. Mungkin ini akan mematangkan aku. Pada masa yang sama, aku ditugaskan pula menggantikan guru yang telah dinaikan pangkat berpindah ke pejabat. Yalah, guru yang menyandang gelaran 'pakar matematik'. Sedangkan aku pula 'guru yang tidak diiktiraf'. Begitu mencabar keimanan.             
             Situasi baru yang mencabar, memang perkara yang unik dan menarik. Alhamdulillah. Doakan keselamatan serta kesejahteraan ku. Juga doa yang sama kutitipkan buat kalian. Amin yarabbal'alamin..
            

  

Thursday, February 17, 2011

Petua Orang tua-tua..

Beras hangus berserta air perahan limau kasturi mampu mencantikkan kulit wajah.

                Benarkah pernyataan itu? Berdasarkan kajian, beras hangus dan air perahan limau kasturi mampu menghilangkan jerawat. Secara tidak langsung berkesan melicinkan kulit wajah. Namun, sebagai pengamal kenalah tahan dengan bau yang kurang menyenangkan. 

                Apa tidaknya, cuba bayangkan sendiri beras hangus samalah seperti nasi hangit. Tambahan lagi air perahan limau kasturi mengandungi bau masam. Namun, jika ianya memberikan khasiat di sebalik itu semua, mungkin berbaloi juga kiranya. Tidak salah untuk mencuba. Jadi, selamat mencuba & semoga berjaya.



Cara-cara penggunaan & proses pembuatannya :   
 Beras digoreng di kuali tanpa menggunakan minyak masak sehingga berwarna hitam kehangusan.
2.       Kemudian, biarkan ianya sejuk beberapa ketika. 


        Setelah sejuk bolehlah dikisar menggunakan alat pengisar. Jika pada masa dahulu, orang tua-tua menggunakan amalan tradisi iaitu menggunakan anak lesung batu untuk menumbuknya lumat. Namun zaman moden serba canggih ini, mungkin bolehlah kiranya menggunakan alat pengisar(blander), senang cerita kan.
3

                      Apabila selesai, bolehlah dicampurkan sebati dengan air perahan limau kasturi dan sedikit air. Ianya boleh dijadikan bedak basah atau pun masker di kulit wajah.


       Tunggu sehingga kering dalam lebih kurang 10-15 minit. Setelah kering, cuci muka dengan menggunakan air mutlak (air  bersih lah tu) sehingga hilang warna, bau dan rasa. InsyaAllah.

           Petua ini bolehlah diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Lagi satu yang perlu kita ingat, janganlah terlalu bergantung kepada petua ini sahaja. Seboleh-bolehnya kenalah seiring dengan redha & tawakal. Itu merupakan salah satu faktor  utama kepada keserian wajah kita, insyaAllah. 
      
      


           Jika nawaitu yang ada pada diri kita sentiasa suci, maka tempiasnya juga akan mengalir di wajah kita. Tanya minda, kekalkan iman. Alhamdulillah.

        .

Monday, February 14, 2011

Tragedi Banjir 2011..

Assalamualaikum..salam 1malaysia...

     Bersempena tahun arnab ini memang kita dilimpahkan kemurahan rezeki, alhamdulillah. Hujan yang berturut-turut makin sukar kelihatan reda. Terutamanya di beberapa buah tempat. Namun, hujan yang semakin kerap telah mengakibatkan banjir di tempat-tempat yang tidak pernah dijangkakan. 

           Dalam kisah kali ini, aku akan selitkan beberapa buah gambar yang menunjukkan betapa besar banjir yang melanda tempat-tempat berkenaan.

            Lokasi ini merupakan masjid yang berada di tengah pusat bandar Sandakan Sabah.

           Tanah tinggi yang terdapat di lereng bukit menjadikan tanah runtuh. Hujan yang tidak berhenti-henti telah mengakibatkan hakisan tanah tinggi mulai runtuh. Akar-akar pokok bergelimpangan memenuhi segenap ruang dalam masjid.


            Air yang mengalir menuruni tangga masjid sangat unik jika anda melihatnya sendiri pada masa itu.






              Bandar Ramai-Ramai, Sandakan. Juga tidak ketinggalan ditempiasi oleh banjir. Sehinggakan jalan raya dilimpahi lumpur-lumpur. Bandar ini termasuk bahagian pusat bandar didalami air sedalam hampir 3 kaki dalamnya pada masa itu.
    

         Gambar ini diambil ketika melewati jalan batu7, Taman Nuri Sandakan. Beginilah kedalaman air yang mulai surut beberapa ketika kemudian.
 Jika anda melihat gambar berkenaan di depan mata sendiri, memang agak menggerunkan. Kejadian ini berlaku diakibatkan tanah tinggi yang berada di lereng berhampiran. Tanah tinggi dipercayai runtuh dan angin ribut kencang yang berlaku menyebabkan bencana ini.
           Lokasi di dalam gambar ini merupakan pusat bandar Sandakan. Air pasang mendalami beberapa buah kedai-kedai yang berkenaan. Inilah tragedi unik yang terjadi tahun 2011 ini. Mungkin besar hikmah yang tersurat di sebalik kesemua ini. Wallahu'alam...

15 februari, 12 rabiul awwal 1432 h...

Assalamualaikum,
Sempena maulidurrasul ini,  mari kita bersama-sama menghayati kisah menarik tentang nabi muhammad s.a.w dengan kisah seekor kucing.

Cerita Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada tuannya. Sebgai balasan, nabi menunjukkan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Setelah itu, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangat berat, dalam sebuah hadist sahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Beberapa di antara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti abu bakar shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan di kala ditinggalkan oleh si kucing. Abdurrahman bin sakhr al Azdi. diberi gelaran Abu hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.





Oleh itu, apabila kita memelihara dan melayan makhluk ciptaan Allah s.w.t ini dengan sebaik-baiknya,  kita bukan sahaja akan mendapat berkat pahala, malah juga akan dimurahkan rezeki,.InsyaAllah...Tapi, kenalah juga seiring dengan nawaitu yang betul ye...
~Selamat menyambut Maulidur Rasul 12 rabiulawal 1432h....

Sunday, February 13, 2011

Elak sambut valentine's day...

Salam mesra..Assalamualaikum..Seperti sedia maklum, musim perayaan Valentine's day sekarang ini hampir, akan atau sedang diraihkan oleh masyarakat umumnya. Namun, saya yakin & pasti semua sudah maklum apa hukumnya dalam islam bukan. Maka, saya lampirkan sedikit bingkisan. Alhamdulillah, sumber bermanfaat ini,  saya peroleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). Bolehlah kiranya dijadikan panduan kita bersama, insyaAllah.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi
aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman,
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan
menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan
dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Saturday, February 12, 2011

Berputar kembali..

        Ingin sekali aku kongsi bersama tentang kisah menarik bagiku ini. Ini merupakan satu kisah benar sebenar-benarnya. Walau ianya telah ku tinggalkan sepi dahulu kala, namun tetap segar dalam ingatanku kini. Suatu ketika aku amat mengkagumi salah seorang insan yang banyak mengajar dan mendidik anak-anak didiknya sehingga berjaya kini.

              Apa yang menjadikan aku sedikit hairan, aku lebih banyak mendengar khabar keaibannya dari yang baik tentang lahiriahnya. Bagi aku, mungkin 'no komenlah' tentang sejauh mana kebenarannya itu. Satu perkara yang aku tetap serapkan dalam diriku ialah, sebagai hamba Allah yang maha kerdil ini, tidak selayaknya kita menghitung sejauh mana berat atau ringannya dosa pahala orang lain. Wallhu'alam. Beliau merupakan seorang ustazah yang ditugaskan mengajar di kawasan luar bandar. Aku kagum dengan keberanian juga daya kreativitnya. Pernah suatu ketika, beliau berjaya menghasilkan sebuat sketsa drama tentang "SAKARATULMAUT".
        
                Melihatkan usahanya dalam meghasilkan sketsa drama itu yang bertemakan ajal-maut begitu menarik minat. Orang ramai yang menyaksikan sketsa pementasan pada masa itu begitu kagum dengan keunikan dan pelbagai penerapan kisah-kisah menyeramkan yang merentasi setiap saat klimaks penceritaannya.

              Melihat dari raut wajahnya yang jelita, ramai juga mata-mata yang mencuri pandang memandang kejelitaannya. Namun, pelik sehingga kini dia ghaib tanpa khabar berita. Cerita-cerita pelik pula begitu banyak didengari berkaitan kemunculannya di beberapa buah tempat. Kali terakhir aku mendengar tentang khabar beritanya adalah dia pernah dilihat muncul di makkah. Ini dikhabarkan oleh beberapa kenalannya yang sedang menunaikan haji pada masa itu. Tetapi hanya sekilas pandang sahaja, setelah itu ghaib entah ke mana.


              Ada yang mengatakan dia mempunyai seorang adik kembar yang sudah menjadi pemastautin di Mesir. Entahlah aku cukup pelik dengan cerita ini. Entah sejauh mana kebenaran kisah ini. Apa yang pasti hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui.  Wallhu'alam...Walau apa-apa pun aku akan tetap mendoakan semoga tuan empunya diri sentiasa dilimpahkan kesejahteraan..amin..

Tuesday, February 8, 2011

Inilah kelebihan ayat suci...Wallhu'alam...

Ada seorang sahabat pernah bercerita tentang satu kisah yang begitu menarik perhatianku. Begitu unik sekali, tambah pula ini merupakan kisah benar yang pernah terjadi suatu ketika. Sila baca petikan di bawah ini :

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Pengajaran yang dapat dijadikan ikhtibar :
1. Jaga batas pergaulan kita sebagai muslim ataupun muslimah terutamanya yang bukan muhrim
2. Sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat yang agak dikhuatiri, wallhu'alam..bertawakallah dan berusaha memohon pertolongan dari yang maha esa. Hanya DIA yang maha berkuasa dalam menentukan segalanya.
3. Menutup aurat bukan hanya setakat memakai tudung sahaja, juga termasuklah perangai dan tatasusila kita di pandangan mata orang lain,wallhu'alam...
4. InsyaAllah, sentiasa amalkan ayat kursi, tidak kira susah dan senang..
5. Berusaha beramal dan berbuat baik pada orang sekeliling, kerana insyaAllah balasannya mungkin kita akan merasanya di lain hari kelak, InsyAllah..
 
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana tahap keimanan kita sekarang ini.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Inilah dikatakan sebagai uniknya hikmah tersurat. Besar sungguh kelebihan ayat suci itu. Wallahu'alam..Celik akal, kekalkan iman..insyaAllah..

Pengembaraan + pengalaman unik = berharga..

Simpang Mengayau, Sabah.
Bagi aku, namanya begitu pelik sekali. Mungkin ada maksud tersirat di sebalik nama itu. Pengembaraan rombongan kami sekeluarga telah menjejak ke senja hari. Langit pada waktu itu agak kelam. Gelap jugak keadaannya pada waktu itu. Namun, hajat kami untuk berkunjung di lokasi itu termakbul juga akhirnya. Yalah, bukan senang untuk menjejak kaki ke tempat yang sering kali menjadi sebutan di kalangan ramai pengunjung. Ada desas-desus yang mengatakan tempat tersebut dahulunya pernah menjadi salah satu tempat yang dijadikan markas pertahanan dan perlindungan para tokoh pahlawan dalam usaha menentang para penjajah.


Angin menderu agak dingin. Lihat sahaja keadaan di dalam gambar yang tertera. Jadi, bila anda berkunjung di sini, kenalah berhati-hati. Tambahan lagi apabila berkunjung bersama-sama dengan anak-anak kecil. Sentiasalah berhati-hati, khuatir ada pula mengundang perkara yang tidak diingini, nauzubillah…
Hampir melewati waktu maghrib, begitu gelap sekali keadaan malam itu. Kami meneruskan perjalanan untuk meninggalkan tempat itu. Ingin mengejar waktu solat yang tidak lama lagi hampir dilewati. Ramai di kalangan ahli rombongan ingin menggunakan tandas yang terdapat di sana. Namun, aku bersama dengan anak-anak saudaraku hanya berehat di dalam kenderaan. Tidak berapa lama kemudian, seorang kakak aku meminta tolong aku untuk mendapatkan botol mineral nya yang tertinggal di dalam tandas. Tanpa berlengah, aku pun terus sahaja pergi ke tandas untuk mendapatkan barang tersebut. Setibanya aku di dalam tandas itu, aku merasakan seakan-akan ramai orang yang menggunakan tandas tersebut. Aku menyangka ada tukang pembersih yang sedang bertugas pada ketika itu. Langsung tidak terlintas di fikiranku saat itu, mana mungkin pada waktu malam, mereka masih bertugas lagi. Aku seakan-akan dipengaruhi oleh sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah ia. Hanya Allah s.w.t yang bisa mentafsirkannya, wallhu’alam.

Sebenarnya tidak salah untuk kita mempercayai “perkara ghaib”. Cuma janganlah sehingga ianya membuatkan kita taksub dan lupa kepada keimanan. Mujurlah, aku tersedar apabila kakak aku telah masuk ke tandas. Segala-galanya menjadi misteri. Mungkin hanya mainan perasaan ku sahaja ketika itu.
Makanya, walau di mana kita menjejak kaki terutamanya di tempat yang agak baru dan janggal untuk dikunjungi beringat-ingatlah kita. Hendaklah kita menjaga batas perlakuan dan menghormati adab apabila melawat tempat tersebut. InsyaAllah, dengan diiringi niat yang baik pasti kita akan dijauhi oleh perkara-perkara yang tidak baik. Wallahu’alam…

Sebagai penghayatan dan amalan kita bersama, jadikanlah ayat suci ayat kursi ini sebagai pengiring serta pelindung dari perkara-perkara yang tidak dingini, InsyaAllah..kerana, hanya Allah s.w.t yang maha besar dan maha berkuasa dalam menentukan segalanya...

Saturday, February 5, 2011

InsyaAllah..Ini boleh menjadi pedoman kita bersama...

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”
 
(al-Bukhari)
 
 
Huraian
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

Tuesday, February 1, 2011

Jodoh sementara cuma...

Indah sungguh reka bentuknya, bukan. Aku berjaya memilikinya dan hatiku begitu meminati aset ini disebabkan ianya begitu unik, ditambah lagi oleh gambar yang diambil daripada kameranya yang begitu jelas. Tambah membuatkan aku tertarik lagi adalah rangkaian internet  wifi yang mempunyai kapasiti kelajuan begitu mengkagumkan. Aku berjaya memiliknya hanya dengan harga tunai RM 750 sahaja.

1 BULAN KEMUDIAN,

         Satu detik yang sukar dilupakan. Dimana aku sedang menjamu selera di satu tempat awam. Kafe umum yang begitu ramai dikunjungi oleh pengunjung aneka ragam saat itu. Apa taknya, hari itu merupakan hujung minggu. Semestinya hari yang sentiasa dijadikan sebagai hari bertemu mesra dan keramaian bersama rakan-rakan, sanak saudara mahupun ahli keluarga.
            Setibanya aku di lokasi itu, aku selesai memesan santapan mini yang secara maklumnya adalah khidmat layan diri. Apa lagi, aku pun terus sahaja membuka telefon bimbit ku itu. Perkhidmatan wifi yang disediakan di kafe itu tidak akan disia-siakan oleh ku. Kemudian, aku terus melayari internet dengan khusyuknya. 
            Pada saat-saat itu, aku dapat merasakan ada sesuatu yang membuatkan aku rasa tidak sedap hati. Seakan ada mata-mata yang sentiasa memerhatikan gerak geriku. Aku terasa seperti ada kuasa lain yang seakan-akan ingin mengusir ku seberapa segera mungkin. Entah mengapa, aku terus tergesa-gesa beredar dan tidak dapat berfikir secara rasional lagi.
           Sesampainya aku di dalam kereta, aku melihat beg tanganku. Sesuatu yang begitu berharga telah tiada di situ. Apa lagi, aku begitu panik dan berpatah kembali ke tempat yang aku lewati sebentar tadi. Setibanya di tempat tersebut, aku terus mencari-cari di mana tempat duduk ku itu. TIADA, hanya meja yang licin. Bertanya dengan para pelayan, juga jawapan yang sama. Begitu mengecewakan. Aku sudah tidak tahu berbuat apa lagi. Lantas aku menggunakan telefon awam dan cuba menghubungi nombor telefon bimbitku. Tetapi, mana mungkin ada dijawab. Hanya 1 dalam sejuta sahaja orang yang dilahirkan jujur di dunia ini. Wallahu'alam. Aku tetap tidak berputus asa dan bertahan lama di kafe tersebut untuk berusaha menyiasat melalui litar kamera yang disediakan di kafe itu. Namun, hanya sia-sia sahaja. Mengapa?..Ini kerana, pada masa kejadian, aku berada di tingkat atas. Sedangkan litar kamera hanya ditempatkan di tingkat bawah sahaja. 
       Jadi, kesudahannya aku hanya berserah kepada illahi. Tiada gunanya walau aku menyumpah seranah sekalipun. Jika ianya hanya mendatangkan dosa. Inilah yang dikatakan sebgai hikmah. Seeloknya aku niatkan sahaja ianya sebagai sedekah jariah. Semoga dengan niat sedekah ini, aku akan dimurahkan rezeki. Aku sangat bersyukur dengan ujian yang Allah berikan ini. Sekurang-kurangnya ia dapat mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan tiada rasa prejudis dalam meniatkan sedekah ke arah keikhlasan tanpa rasa bersalah, menyesal mahupun kebencian.. InsyaAllah...

Jodoh kami hanya bertahan selama 30 hari. Setidak-tidaknya, aku dapat merasakan nikmat nya juga. Alhamdulillah'irrabil'alamin...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..