Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Tuesday, September 29, 2015

Jerebu oh jerebu..


Hai semua pembaca blog yang dikasihi...

Cuti raya haji baru sahaja berakhir. dannn kami kembali seperti biasa ke IPG atau lebih dikenali sebagai maktab. ni..huhuhu..

Sekarang ni musim pengelolaan kejohanan acara balapan dan padang bagi tahun 2015.. so, busy la skit..namunnn, aku masih ada masa mencuri sedikit waktu untuk mencoret-coret sejenak di laman blog ni..hehehe

Seperti yang sedia maklum, sekarang ni musim jerebu memenuhi segenap ruangan di alam saujana kita ni kan.. kami yang berada di zon borneo negeri di bawah bayu ni sememangnya juga tidak dapat lari dari masalah jerebu...

Bagaimana kawasan tempat korang?... Masalah Jerebu dah semakin pulih ke?..

Jadi untuk mengatasi masalah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan kita, jom kita amalkan tips-tips berikut :

Sumber : dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu



NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Makanya harus kita ingat bersama, jaga kesihatan anda.. paling penting banyakkan minum air ok...

Sampai kita bertemu lagi di lain kesempatan..
Wassalam...

35 comments:

  1. dekat Kedah pun masih jerebu cuma tak teruk sangat macam dulu .. huhu .. T^T jaga kesihatan baik baik okeyyy .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ♥Fatin Annis♥.. alhamdulillah..kira ok la kat kedah kan.. in shaa Allah..jaga kesihatan jugak kat sana k...hehe

      Delete
  2. Pagi ni mcm makin teruk je jerebu compare dgn semalam. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aisya Ahamad.. huhu..hjerebu masih berleuasa kan...haha

      Delete
  3. Replies
    1. @tiga lalat.. ya, in shaa Allah..sama2 kita amalkan.. :)

      Delete
  4. Replies
    1. @Scdha Sein (SS)..thank you, nanti sy singgah balas k.. :)

      Delete
  5. banyakan minum air dan jangan lupa pakai mask ya.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mastura mazlan.. tq..in shaa Allah..take care k... :)

      Delete
  6. kat sini, semalam dan hari ini rasa paling teruk...tapi bila check ipu kata ok..musykil sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nasa mulia..tu la..xble prcaya sgt tu ipu ..kekadang xsama ngn situasi sbnr..

      Delete
  7. Kat Seremban hingga hari ini masih teruk IPU masih 100 lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mrs. A.. owh..yeke..samalah mcm kat sabah jugak..

      Delete
  8. Saya dating ke PJ sminggu dah batuk2. Sebab kat Kelantan Alhamdulillah sederhana je jerebu nya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @ana fatihah.. yelah kan..sb kat PJ lebih sibuk berbanding kat tpt2 lain..tu pasal jerebu teruk sgt..jaga kesihatan k... :)

      Delete
  9. Kat sini dah macam kat Cameron...

    Kunjung balas dr mummy..

    http://notachentamummy.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mummy Julia... kat mana tu mummy?...hihi
      ok, nti sy kunjung balik, k... :)

      Delete
  10. ituhari pun kami kena jerebu teruk ... la ni dah ok sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zie Has.. kena jaga kesihatan betul2 tau..bahaya jerebu ni...alhamdulliah jika dah ok.. :)

      Delete
  11. Replies
    1. ye..jaga kesihatan... banyakkan minum air.. hihi

      Delete
  12. Segamat dan batu pahat masih jerebu
    :-(

    ReplyDelete
  13. Salam singgah.
    Nampaknya masalah jerebu di tempat saya belum selesai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Fidah Shah... ya...salam singgah... ya, smala kat tpt kiter jugak...

      Delete
  14. Johor masih jerebu lagi. Worst hari ini dan esok semua sekolah di cutikan

    ps: terima kasih sudi follow blog kakak. Follow sini juga #359

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakzakie...bestnya kak, cuti sekolah kat saa..haha..tp, tu la kena hati2 dan jaga kesihatan diri baik2 k..

      sama2.. jom blogwalking :)

      Delete
  15. assalam jerebu kali ni lama pula terpaksa dihadapi tapi pasti berakhir juga.

    ReplyDelete
  16. jerebu teruk woh sekarang x( jaga diri semua

    ReplyDelete
  17. Sandakan dengan Tawau lebih kurang je. Tapi masih tak terselamat dari jerebu, heeee :p

    ReplyDelete
  18. Beberapa hari lepas pergi Johor...teruk sungguh...xtahan dgn jerebu..mata jd pedih sangat..berair dh mcm org nangis je..

    ReplyDelete
  19. mcm nak gi marah je mat2 indon yg bakor hutan tu.nyusahkan org jer

    ReplyDelete
  20. jerebu tempat saya semakin bagus..senang hati la sekarang..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah skrg dah beransur pulih...

    ReplyDelete
  22. perkongsian yang baik..penang alhamdulillah dah pulih

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..