Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Monday, October 5, 2015

Khasiat Madu Lebah...

Hai buat semua pembaca blog yang masih setia... sihat semuanya?.. Alhamdulillahhh...

Terasa jari jemari yang agak runcing ni rajin plak untuk update blog..hehe..

Mahu menjadi top blogger lah sanggaaatt..hehehe..aammiinnnn...

Ok, entry kali adalah pasal khasiat madu lebah.. Aku ada search beberapa info pasal madu lebah. Banyak tau khasiatnya madu lebah ni. Banyak yang aku kurang tahu tentang semuanya...

Bukan apa, baru-baru ni ada kekawan dan classmate yang promo pasal madu lebah. Aku pun kurang tahu amalan tentang madu lebah ni... plus, masih terlalu asing kot bagi aku untuk mengamalkan madu lebah dalam rutin seharian ni...So, aku search2 lah sikit...haha

Anda bagaimana?.. share lah sikit info pasal madu
lebah.. mana tau, ada pengalaman ke?...hehehe

Jom kita usha-usha....

Secara saintifiknya...

....Madu Lebah adalah cairan manis yang agak pekat (Kandungan air sekitar 15%) dan mengandungi banyak zat seperti Fruktos, Sukros, Maltos, Glukos dan banyak zat mineral serta vitamin dan juga air. Warna madu lebah lazimnya kuning , kuning kemerahan, kuning gelap atau kehitaman bergantung kepada jenis lebah dan sumber nektar tumbuhan disekelilingnya.....

.....Madu Lebah merupakan bahan antioksidan yang membantu dalam meningkatkan imuniti badan terhadap serangan penyakit. Ramai pengguna juga tidak ada kemahiran untuk membezakan antara Madu Asli (Tulin) dengan Madu Sintetik (Tiruan) yang dibeli ditepi jalan, dipasar atau dipasaraya.... 

Ok, jom search pulak bagaimana cara pengambilan madu lebah ni ...

Cara Pertama :
Secara amnya cara paling mudah untuk minum madu lebah adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah asli menggunakan sudu plastik(Elakkan menggunakan sudu besi, logam dsb) dan terus masukkan ke dalam mulut kemudian minum air putih segelas. Namun, biasanya cara seperti ini agak kurang selesa bagi sesetengah orang yang kurang bertahan dengan rasa terlalu manis.

Cara Kedua :
Kajian menunjukkan kaedah atau cara terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan ke dalam segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim sebaiknya di mulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya. 

Antara doa yang boleh dibaca adalah seperti dibawah:-

"Ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w. sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin"

Jadi, mari kita sama-sama lihat plak di sebalik khasiat madu lebah ni:

Pertama :
Bagi mereka yang menghadapi masaalah Gastrik, Kencing Manis dan Tekanan darah tinggi dinasihatkan agar makan 2 sudu besar madu lebah sebelum sarapan, 2 sudu besar sebelum makan tengahari dan dua sudu besar sebelum tidur malam. 

Kedua :
Untuk mengatasi masaalah demam pula ambil 2 sudu besar madu lebah dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

Ketiga :
Masaalah kanser usus boleh disembuhkan dengan gunakan madu lebah yang dimakan sebanyak 3 sudu besar dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu besar dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu madu lebah dengan segelas air putih sebelum tidur malam. 

Keempat :
Bagi kes cirit birit pula kita campurkan 2 sudu madu lebah dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. 

Kelima :
Amalan minum madu lebah juga dapat mengatasi masaalah pencernaan perut, Tiroid, masaalah sembelit, Resdung, Ketagihan Kopi (Caffein) dan juga menguatkan tenaga batin. 

****Didapati kita perlu mengetahui cara memakan madu lebah dengan kuantiti yang betul, masa yang tepat dan kaedah yang betul untuk mendapatkan khasiatnya***

Ingin tahu info selanjutnya, boleh usha-usha kat sini, k...


Penghargaan Terima Kasih yang tidak terhingga buat mereka-mereka semua..

Sebenarnya, bukan apa entry kali ini sengaja aku post untuk noted aku sendiri..nti next time senang sikit untuk aku sendiri cari sebarang rujukan kat internet ni..hihihi

Sampai bertemu lagi.. in shaa Allah....

Wassalam...

35 comments:

  1. Info yg bagus... memang dh tertulis madu mmg terbaik...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah sihat....kak yan suka madu lebah..lebih lebih lagi letak cornflakes

    ReplyDelete
    Replies
    1. @iryanty ahamad.. ahamdulillah, kak yan... wah..mesti sedap tu..hihihi

      Delete
  3. madu memang terbaik sis.. ubat paling mujarab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aTieYusof Family.. ye, sis.. semestinya mujarab..in shaa Allah..

      Delete
  4. Madu + limau + air suam + kayu manis

    Farmasi dah boleh tutup la..Hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sham Stallion.. yup..mmg bankrap smua farmasi..haha

      Delete
  5. selalu consume utk hilangkan sakit tekak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @amira faqihah.. ya, betul tu pelbagai khasiat..termasuklah utk hilangkan sakit tekak... in shaa Allah

      Delete
  6. madu lebah tuh manis sangat tak? hihihih mcm jakun soalan nya kan. tapi saya kurang mahir makan madu lebah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @leya yeolly... mmg manis.. tu la kena ada cara minum yg bleh selesa dgn anak tekak kita ni.. in shaa Allah, bleh la tekak ni menelan juga walau manis sgt rasanya kan..hihi

      Delete
  7. Memang benar madu labah dapat menjadi obat ampuh banyak penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dhicomp.. ya..semuanya ada khasiatnya yg tersendiri..

      Delete
  8. info yang bagus.madu bgus juga tuk kanak2

    ReplyDelete
  9. Info bagus ni. Cuma susah nak cari madu asli. Biasa yg keluaran kilang byk campuran lain dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sue Bee.. ye, sis.. betul tu..harap kita tak tertipu dgn madu tiruan...

      Delete
  10. Salam singgah petang dik...terima kasih sudi komen dan follow blog akak...

    Madu memang terkenal dan baik untuk kesihatan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mardiah Diana... sama2 kak.. terima kasih kembali..

      ya..betul3x.. hihihi

      Delete
  11. thanks 4 sharing... ada sesetgh peniaga mereka cmpr dgn air gula...menyampah betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khai♥Rin : anies.. ye, kena hati2 bila membeli..plg penting kenal sendiri dgn owner tu la...

      Delete
  12. banyak khasiat madu lebah ni tapi ntah kenapa payah nak terima anak tekak. >.< huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @♥Fatin Annis♥ ... ye..sebab lain rasa nya kan..manis yg mencengkam..haha..tp, kalau dah terpaksa sgt, trpaksa redah je la..hehehe

      Delete
  13. antara khasiat madu yang tak dinafikan ialah menguatkan tenaga batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hero Borneo .. ya, betul.. sudah semstinya..

      Delete
  14. Kalau saya suka madu + lemon + air suam.

    ReplyDelete
  15. Ya diakui madu lebah memang sangat berkhasiat. Ia juga dibuktikan lagi dengan ayat al-Quran

    ReplyDelete
  16. madu lebah mungkin biasa dengar. macammana khasiat madu kelulut.....?

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah.. memang amalkan madu..
    walaupun x hari2 tp kerap jugakla..

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..