Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, May 30, 2013

Kisah 'Bobolian'..bersempena 'Tadau Kaamatan'...

Salam ukhuwwah & Shalloom...

Perasan atau tidak, sebenarnya hari semalam merupakan sambutan perayaan tadau kaamatan yang disambut oleh masyarakat kadazan dusun. Ok, oleh itu kali ini aku mau kongsi sikit lah info pasal tadau kaamatan ni dengan kamu orang semua ya.

 Sikit info pasal tadau kaamatan yang dipetik dari laman rasmi Portal Rasmi Kementerian & Komunikasi Multimedia Malaysia :

Tadau Kaamatan merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobolian’ dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam diberikan kepada bobolian sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.


Aku teringat lagi tentang kisah sejarah yang sering kali berkumandang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi tentang cerita 'bobolian'. Ada juga masyarakat yang beranggapan bahawa ini hanya cerita dongeng dan mitos semata. Namun, tidak kurang juga ada yang masih lagi percaya dan setia dengan kepercayaan tersebut. Yalah, mungkin adat dan kepercayaan sebegini masih lagi dipegang kuat oleh sesetengah masyarakat yang terdiri daripada etnik yang menyambut perayaan ini.


Bagi masyarakat tersebut, bobolian merupakan bomoh dan dipercayai boleh menyembuhkan sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan sakit apa pun jua. Oleh itu, bobolian atau bobohizan ini dianggap penting kerana memainkan peranan besar di dalam masyarakat tersebut. Sehinggakan masyarakat tersebut juga percaya kepada setiap ramalan yang diberikan olehnya. 

Itu cerita dulu kala, namun sekarang kalau kamu orang mau tau sebenarnya bobolian ini masih lagi dianggap penting dalam masyarakat kadazan dusun-murut-rungus ini. Sehinggakan ada di antara bobolian ini yang masih lagi meneruskan hidup walaupun berusia mencecah lebih seabad tahun. Apa-apa pun, diharapkanlah adat dan kepercayaan ini masih lagi berkekalan dan tidak hilang ditelan zaman kan.

Tidak Lupa juga kalau kamu orang berminat, jomlah kita pi ke website ini >>> Senarai Finalis Unduk Ngadau Kaamatan KDCA 2013|Gambar Unduk Ngadau 2013. Rugi, ndak tengok tau..hehehe

Oklah, semoga kali ini kita sudah berkongsi banyak info dan maklumat yg berguna untuk pedoman kita bersama ok.

Akhir kalam, jom sama-sama kita berhibur dengan video pasal lagu 'Tadau Kaamatan' :

Semoga terhibur yah !!!


Wassalam...tqvm !!!

Monday, May 27, 2013

Cuti-cuti --->>> 3 minggu...

Assalam & Shallomm...

Apa khabarnya bis kitak ah..hehe......harap2 baiklah hendaknya kan...untuk makluman anda, skrg ni merupakan cuti semester bagi kami2 yg bergelar pelajar 'maktab' lah katakan. Memang bosan amat jga lah..3 minggu lagik tu, lebih seminggu pulak lagi dari bebudak sekolah yg cma cuti diorg tu 2 minggu jak kannn...makanya untuk mengisi masa kekosongan yang agak boring ni, aku pun mencuba2 lah untuk menyenangkan hati yang kebosanan dengan update blog ni dan segala macam blog yg aku create tu..

Al-maklumlah, skrg ni aku memegang jwtn ndak 'bertauliah', mau taukah apa itu?...jadi tukang hebahan laman blog >>> Laman blog Geng Ops Sejarah-Ip Keningau + page(facebook) >>> Nota - Geng Ops Sejarah + tukang update apa jua entry terbaru ke dlm laman sosial kami orang tu lah..xpa, bagi aku kerja2 mcm ini memang best + mencabar juga. Yalah dgn kekangan masa yg tdk menentu lg ditambah plak dgn rangkaian wifi + wireless + broadband yg kadang kala meyentapkan hati & perasaan (ceh..ayaaaaattt tue bukan main lagik ah)...

Makanya, jikalau sahabat2 blogger sekalian sudi, maariiiilaaah memeriahkan lagi suasana perhubungan ini dengan melawat blog+page tersebut yah..kunjungan anda sgtlah dialu2kan. Skrg ni pun aku dlm usaha kempen & promote2 juga ni..Bah, wish me luck yah.. Buat blogger yg bukan dr sabah, harap, boleh lah mengerti bahasa blog saya ni, yalah saya ni kan anak kelahiran jati sabah, jadi memang penggunaan loghat sabah banyak juga diselitkan dalam post ni...

Apa-apa pun semoga kita dapat eratkan lg pershbtn melalui laman ini ok...TQVM !!!

wASSAlam...

Sunday, May 5, 2013

aku & dunia ku....

Assalamualaikum....

Wah, sekarang ni bukan main lagi demam PRU13 kan...smua org dgn bangganya post gmbar jari telunjuk yg dicalit dakwat kekal tu...yg lawak + happening siap tukar picture profile fb 'blackout' punya stail lagi' menandakan sokongan padu pd parti yang depa support lah tu..tak palah, biarlah mereka dgn dunia mereka kan...
Apa-pa pun syukur alhamdulillah & tahniah buat anda kerana telah melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia ok !!!

Tapi aku tetap dengan duniaku.. haha...yg penting kita kena terima hakikat 'Undi adalah rahsia'..tak gitu kan... Oleh kerana hari ini adalah hari isnin bersamaan sehari selepas berakhirnya PRU13 semalam maka aku pun terdetiklah untuk mengemas kini teratak ku ini yang seakan-akan layu dimamah masa serta kesempitan waktu..

Sampai-sampai sempat edit-edit gambar ni :haha.... terus-menerus post ke fb & instagram laik...

c meow yang enjoy2x & fun yah....haha

ni gmbar smua classmate kitorg ni...oleh kerana boring yang amat, aku pun apa lagi, inilah kerjaku kalau sudah keboringan, memang edit2 gambar jak la kerja ku yah....

Ok..ok, kali ni, aku mau kongsi satu kisah yang agak menarik juga. Kebelakangan ni, ramai sangat yang mencari kelibatku disebabkan namaku yang agak pelik tu mengkali..hehehe...

1..."fironika ada tak?"...
2..."Kau si fironika ka?"...
3..."oh, rupanya dia si fironika"...
4...."aish....nama kamu ni pelik semacam, macam2x versi ada, arab ada orgputih pun ada..macam2x lah"....
5.........bla3x....

Macam2x sajalah kan..dan yang paling lucu tu, bila mana ada lagi yang tersilap orang ni..
"eh, fironika...bukan nama kau ada tersenarai jadi peserta tilawah al-quran ke?"...
Aku pun apa lagi, terkejut + terkedu pun ada juga tau...haha...
mentang2xlah aku pernah menyandang jadi "ustaaaajjjaaahhh" dulu2x...hahaha..(kisah lama baituh...)
nampak gayanya, aku belum sedia lagi la untuk ikut serta dalam pertandingan seumpamanya itu...
apa2xpun, insyaALLAH kalau suatu hari nanti terbuka juga pintu hati ini untuk menyertainya nanti kan..doakan jaklah yang terbaik ok....

Oklah, setakat ini sajalah yang ingin ku kongsikan...
Bukan apa, agak sibuk skrg ni minggu ulangkaji sbb mnggu depan dah exam kan.. & kesempatan yg ada ni, aku pun dah mula berjinak-jinak untuk explore sket2x pasal bissness..haha..."bissness plan" lah konon2x nya kan....bah, wish me luck ok, insyaALLAH !!!

Sampai ketemu lagi !!!
Ok, jaga diri hiasi peribadi...wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..