Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, March 24, 2011

Pelaksanaan KSSR..hanya diiringi keluhan..

Assalamualaikum..sejahtera semua..



        KSSR?...memang tidak sah kalau tidak ku iringi dengan keluhan. Rasanya, pelaksanaan kssr kali ini untuk murid-murid tahun 1 memberi kesan kurang menyenangkan. Mungkin masih dalam proses penyesuaian untuk penggunaan kali pertama pada tahun pertama. Tapi, buktinya aku melihat di sekeliling ku, para guru yang ditugaskan mengajar murid tahun 1 yang mana menggunakan pelaksanaan KSSR ini memang tidak lepas dari mengeluh.

          Sebenarnya, bukan mereka sahaja. Malahan tempiasnya turut aku rasai. Sukar juga ingin menyesuaikan diri dengan pelaksanaan KSSR ini. Dalam seminggu dua ini, sekolah kami sentiasa dalam debaran menanti ketibaan para pemantau dari SPP, yang mana dikhuatiri akan memantau sejauh mana keberkesanan pelaksanaan KSSR juga terlibat LINUS.

        Keluhan yang banyak aku dengari antaranya melibatkan masalah pelaksanaan KSSR yang bersifat "last minit". Apa taknya, pada tahun lalu sahaja kursus KSSR yang diadakan untuk guru-guru sekolah rendah berlangsung sangat mendadak. Sehinggakan seorang guru kena menghadiri 3-4 kali kursus bagi mata-mata pelajaran yang berlainan. Lebih teruk, guru yang bukan opsyen bagi mata pelajaran tersebut terpaksa menjadi wakil bagi menggantikan guru yang sepatutnya pergi menghadiri kursus itu. Disebabkan sebilangan daripadanya diadakan serentak dan berlanggaran.

      Pada waktu itu, aku juga tidak terlepas dari menghadiri 4 kali kursus KSSR bagi mata pelajaran PAI, DSV, PJ, & PK. Agak menyeronokkan juga lah apabila bertemu dengan banyak kenalan dari kalangan macam ragam kerenah guru-guru dari sekolah lain. Pelbagai pengalaman menarik sebenarnya. Pernah suatu ketika Jurulatih Utama (J/U) yang dilantik untuk mengadakan ceramah merupakan guru yang baru sahaja menghabiskan pengajian di maktab. 2 orang J/U ini dilantik untuk memberikan cermah kursus secara tanpa rela. Bidang terjun lah katakan. Apa lagi, guru-guru lama yang diberikan ceramah kursus KSSR pada kali itu menghentam habis-habisan. Kesian juga melihat J/U yang kena buli itu. Apa boleh buat, sudah nasib. Nasib kita sendiri pun tidak tahu bagaimana lagi pada masa akan datang. Hanya berpandukan kepada rukun iman ini (Percaya kepada qada & qadar)..InsyaAllah.

*Tahun 2011 ini pula dijangka pelaksanaan kursus akan datang KSSR Tahun 2. Keluhan terbaru akan datang kelak.. ;)

        Pengajaran dari blog kali ini :

Makanya, kena ada persediaan dari segi fizikal terutamanya mental. Namun, yang paling penting sentiasa positif dalam segala hal. Hidup ini tidak akan bermakna tanpa cabaran. Kerana dugaan yang buruk mahupun cabaran yang dilemparkan oleh orang sekeliling itulah yang akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah...

Thursday, March 17, 2011

Semoga hati bertambah tabah..amin..

assalamualaikum..

       Kebelakangan ini, golongan para GSTT seperti kami yang hanya meminjam 'title' guru seketika cuma asyik diterjah oleh berita juga khabar angin yang tidak menentu. Aku sendiri dilanda kekusutan. Mahu gembira ataupun sebaliknya, Wallahu'alam..

       Gambaran berita ini mampu menggambarkan kekeruhan sebenarnya yang melanda emosi mahupun mental. Hanya Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui segalanya. beritatv3/tajuk_utama/13_000_GSTT_Kekal_Berkhidmat. Semua yang mendengarkan berita ini sememangnya menaruh harapan besar. Simpati aku melihatkan orang sekeliling, terutamanya ahli keluargaku yang begitu menaruh harapan dengan khabar angin yang belum pasti menjadi nyata ini. Seterusnya kekeruhan jelas berterusan seperti jangkaan dan ramalan. Sudah aku yakin dan pasti ini akan menjadi nyata. klik sini untuk baca- konflik isu 'guru' berterusan.

       Entah mengapa, hati ini begitu terasa bila ada pihak yang memandang serong terhadap golongan seperti kami ini. Di mana letaknya maruah dan harga diri ini sehingga serendah itu nilainya kedudukan ini. Janganlah memandang hormat hanya pada kedudukan, pangkat mahupun kelulusan. Cukuplah hanya memandang hormat sebagai adanya nilai kedudukan seorang manusia yang punya hati dan perasaan. Itu sudah memadai. Aku berdoa semoga aku sentiasa tabah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang melanda saat ini, mahupun pada masa akan datang kelak, amin Ya Rabbal'alamin..

Thursday, March 10, 2011

Apa itu Disleksia?...

Assalamualaikum..

            Pada kali ini, aku ingin berkongsi lagi satu info dan perkara bermanfaat tentunya. Apa itu Disleksia?..Jarang sekali perkara ini disebut atau diperkatakan. Oleh itu, bagi yang pertama kali mendengar perkataan ini, mari kita kongsi bersama ya. Secara ringkas dan rumusan yang boleh aku tafsirkan ianya merujuk kepada  mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.Namun, ianya bukanlah sejenis penyakit.


          Secara lebih mendalam lagi mari baca ini pula sila klik info ini (Pengertian Disleksia).

           Simpati dan terharu bila aku menonton salah satu drama yang disiarkan di astro Prima berjudul Disleksia. Seorang kanak-kanak lelaki bernama Zahir yang menghadapi disleksia terasa terpinggir oleh orang sekeliling disebabkan oleh kekurangannya itu. Sehinggalah ibu-bapanya sudah hilang cara, dan mengambil keputusan untuk menghantarnya bersekolah di sekolah agama (TAHFIZ). Pada masa itu, seorang ustaz yang memang pernah mengalami 'disleksia' tetapi sudah pulih sepenuhnya banyak memberikan sumbangan membantu memulihkan emosi dan mental Zahir secara rawatan psikologi. Ustaz tersebut banyak membantu Zahir soal agama seperti mengaji dan lain-lain. Alhamdulillah, berkat bantuannya Zahir sudah mampu menghafaz surah-surah dan mengaji dengan sebutan yang fasih.
               Lain pula ceritanya dengan atuk Zahir yang mementingkan nama serta darjat. Dia tidak bersetuju dengan keputusan bapa Zahir menghantarnya ke sekolah agama. Tidak semana-mana, atuk Zahir jatuh sakit, dan Zahir berusaha mengaji membacakan ayat-ayat kalimah suci mendoakan kesejahteraan atuknya. Dengan takdir Yang Maha Esa, atuknya kembali sedar, dan menginsafi kesilapannya yang hanya mementingkan darjat, nama dan keturunan tanpa memikirkan hal-hal keagamaan.

:: Sinopsis ::            
   "Menghidap Disleksia sejak lahir, Zahir mempunyai kelebihan menghafal apa jua yang didengarinya. Tapi, kelebihan Zahir tidak mencukupi bagi bapanya Rahman. Saksikan Dyslexia, hanya di Astro Prima" 

      Bersama kita tonton dokumentari berkaitan 'disleksia' ini:

  Semoga ilmu bermanfaat ini boleh menjadi pengetahuan dalam mengahadapi insan-insan istimewa seumpamanya kelak. InsyaAllah..

           
              

Saturday, March 5, 2011

Rahsia Kalimah ini..

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillah irrahman nirrahim..




Assalamualaikum w.b.t & sejahtera buat kalian..

             Pada kesempatan kali ini aku ingin berkongsi bersama kalian tentang kelebihan sebenar kalimah suci ini. Hidup ini akan jadi jauh lebih mudah jika kita hiaskan dengan pendahuluan kalimah suci itu, insyaAllah. Alhamdulillah amalan ini membuatkan segala kerja ataupun usaha kita akan dihampiri keberkatan.  "Berkat", itulah yang selalu disebut-sebut bila kita menginginkan sesuatu kejayaan.

             Percaya atau Tidak?..Kadang-kala macam-macam perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran kita terjadi kepada kita. Tidak kiralah ianya bersangkut paut pada hal-hal kejayaan ataupun kegagalan. Wallahu'alam..

             Ya, sebagai contoh ada sestengah perkara yang aku lakukan tidak bersungguh-sungguh tetapi hasilnya menemui kejayaan yang boleh mengkagumkan orang sekeliling. Hairan, juga pelik. Akhirnya, barulah aku menyedari, rupanya ianya dibantu sepenuhnya oleh kalimah Bismillahirrahmannirrahim. Namun, jangan pula dilupa bahawa nawaitu kita juga penting sebagai penyokongnya ya.

            Sebagai penghayatan dan renungan kita bersama, marilah bersama kita manfaatkan sumber bermanfaat ini. Hanya klik pada link ini--->>> Kelebihan Bismillah..

InsyaAllah, mungkin selepas ini ianya akan memberikan kita nur dan hidayah.

~wassalam..

Tuesday, March 1, 2011

Anjakan paradigma..

          Hari sabtu yang lalu, alhamdulillah aku bersyukur kerana terbuka juga pintu hati Guru Besar di sekolah kami untuk menganjurkan ceramah motivasi yang bertajuk "Anjakan Paradigma". Jemputan khas yang dijemput untuk menyempurnakan acara ceramah khas itu seseorang yang agak istimewa, Ustaz Asmin Amin nama diberi. Beliau merupakan anak jati dari Semawang, Beluran. Kini bertugas sebagai guru di smk agama sandakan. Suaranya memang tidak asing lagi kedengaran di corong-corong radio sandakan fm.  Sudut ceramah agama merupakan segmen yang tidak asing buatnya menyempurnakan.

        Walau usia yang agak muda, namun itu bukan penghalang baginya untuk menghakis keyakinan memberikan nasihat kepada golongan guru-guru yang jauh lebih senior darinya tika itu. Itulah dia keyakinan merupakan kunci kejayaan kita, insyaAllah. Menurut beliau, sebagai manusia memang kita tidak akan dapat lari dari masalah. Masalah boleh diibaratkan sebagai garam. Cuba bayangkan jka anda meminum segelas air yang mengandungi segumpal garam, rasanya tidak menyelesakan, bukan. Tapi jika anda meletakkan segumpal garam di air perigi pasti rasanya jauh lebih baik berbanding keadaan sebelum tadi bukan.
          Ini membawa maksud jika kita kita menghadapi masalah dengan kelemahan hati, masalah pastinya begitu memberatkan diri sendiri. Namun, jika kita hadapi dengan kekuatan semuanya akan jadi ringan. InsyaAllah. Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha, tapi Yang maha berkuasa menentukannya ialah Allah s.w.t. Wallahu'alam. Bertawakal dan redha lah dengan setiap ketentuan, kerana pasti terselitnya hikmah. InsyaAllah. Gambar rajah ini boleh kita rujuk bersama ya. : 
      Menurut beliau lagi, sesorang yang baik itu sememangnya bermula dari hati. Tidak kiralah apa jua gelaran yang disandang. Ustaz? ustazah? cikgu? tok imam? dan apa-apa jua pun, ianya tidak membuktikan sesorang itu baik, kerana ianya bermula dari hati. Wallahu'alam. Hanya Allah s.w.t maha mengetahui segalanya.

Jadi, 5 panduan menjaga hati mungkin dapat dijadikan panduan, insyaAllah.

1. Baca Al-quran, jadikannya panduan :-Zaman sekarang yang serba moden & canggih ni kan memang banyak kitab al-quran yang lengkap berserta terjemahannya sekali. Itu pastinya bukan lagi penghalang untuk kita menjadikan kandungan kitab suci ini sebagai panduan dalam meniti hidup, InsyaAllah.

2. Banyakkan berpuasa :- Seperti yang sedia maklum, berpuasa bukan setakat menahan diri dari lapar atau dahaga, juga berfungsi sebagai melahirkan ketahanan secara fizikal & mental. Daya tahan nafsu kemarahan dan sekutunya.

3. Solat malam :-Alangkah indahnya, jika kita melakukan solat sunat di malam hari jika susah sangat untuk lelapkan mata memikirkan beban masalah. InsyaAllah, jiwa bertambah tenang.

4. Zikir:- Sebenarnya banyak zikir yang boleh kita amalkan. Contoh paling senang, baca bismillah setiap kali melakukan apa sahaja pun. InsyaAllah, kerja susah boleh jadi senang. Berkatnya sentiasa menghampiri kita. Bagi guru-guru pulak, sebelum memulakan aktiviti pembelajaran lebih berkat dimulakan dengan doa belajar serta bacaan surah al-fatihah secara kelas(yang muslim).

5. Berkumpul dengan orang yang solleh:- cuba berkongsi masalah bersama mereka.


     Maka, semoga kita semua akan mendapat berkat dan boleh dijadikan panduan bersama dalam menyelesaikan apa jua masalah. Jangan lupa, jadikan tekanan sebagai pendorong membina. Berfikiran positif.

Akhir kata, sebagai renungan kita bersama:

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah KEBIMBANGAN” (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..