Assalammualaikum....
Sekian lama aku terasa untuk menjenguk-jenguk laman teratak ku ini. Namun, baru sekarang ada ruang dan sedikit kesempatan. Kali ini, aku ingin berkongsi sebahagian dari detik-detik manis yang aku lalui sepanjang beberapa hari yang lalu.
Beberapa hari yang lalu aku serta rakan-rakan seperjuangan yang lain telah terlibat dengan program Sukan dan Rekreasi. Program ini merupakan suatu program yang bersifat riadah dan dilakasanakan bagi memenuhi proforma. Jadi, apa lgi mari..... jom kita tengok detik-detik manis yang dirakamkan melalui lensa kamera.
|
semasa menerima pangkat. Ingin tahu apa kisah di sebalik gambar ni?..hehe, masa ni aku & geng2 yg lain telah diberikan anugerah iaitu dikehendaki menyapu kuning telur di atas dahi mengikut pangkat. Pangkat yg kami perolehi ialah Major-pangkat yang tertinggi di antara pangkat2 yg lain. Oleh itu, kami perlu menyapu kuning telur sebanyak tiga kali. (Org sabah ckp apa?...memannnnngggg saaaannnndddiiiii??!!!....) |
|
slot 'ikhtiar hidup'..masa ni, memang ada kejadian yg mengejutkan berlaku. semasa kami membakar roti nan menggunakan batu sebagai alas menggantikan kuali. Namun pd masa yg sama, batu tersebut meletup dan pecah berderai. Mujurlah tiada sesiapa yg mengena dan tiada sebarang kecederaan berlaku. Batu tersebut terlalu lama panas, oleh sebab itulah ianya meletup.. |
|
khusuk betooolll pasang khemah... |
|
tengok je kerrrr?.. |
|
makan2..jom!!! |
|
ini pulak kumpulan kami...dgn tag line kami tue lahhh...hehehe |
|
simbol yg kumpulan kami utarakan pd ms tue.. |
|
tiup belon untuk acara pijak ekor naga.... |
|
slot aktiviti air. masa ni, kami diajar cara berenang asas dan menyelamatkan mangsa lemas...memang menyeronokkan sungguh... |
|
masa ni slot abseiling... |
|
masa slot abseiling ni, hujan agak lebat...sememangnya begitu mencabar. tanah pun agak licin dan menyukarkan pergerakan, namun aku merasakan itu merupakan saat yang snagat yang beruntung bagi aku. Kerana tidak semua orang merasa perkara yang sama seperti yang aku lalui ini... |
|
lawak memannnggg...peristiwa kena kejar anjing....hehehe |
|
tidak ketinggalan, slot kerohanian turut dititik beratkan...
|
Memang sungguh menghiburkan. Jadi, harap kita dapat bertemu lagi di lain kesempatan dengan kisah-kisah yg lebih menarik lagi, insyaAllah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!