Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Sunday, December 2, 2012

Dari mana hendak ke mana....

Assalamualaikum....

Kali ini, entry aku tidaklah seberat mana. Hanya santai-santai sahaja. Beberapa hari yang berlalu sudah, saya bersama dua orang kakak dan dua orang abang saya (5 beradik lah katakan), mencuci mata dengan mengembara ke beberapa tempat. Alah, semuanya pun hanya sekitar-sekitar sini sahajalah.

Diringkaskan cerita, beginilah kisahnya. Pada mulanya perancangan sebenarnya, mereka hanya ingin melawat aku di Keningau. Suatu daerah yang terletak berhampiran Banjaran Crocker iaitu jalan yang dilalui boleh melalui Jalan Kimanis. Ianya kira-kira 2 jam tempoh perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah.

Namun, pengembaraan kami berterusan sehinggalah menuju ke Pulau yang agak unik dan cantik. Ingin tahu, apa dia?. Itulah, Labuan. Sememangnya suatu pengembaraan yang agak mencabarlah jugak..hehehe.. Ni dia, beberapa gambar yang memang best2 belaka :


Stesen Perhentian membeli Tiket untuk menaiki feri

sambil tunggu masa perjalanan tiba, aku sempat meneliti beberapa gambar bersejarah (almaklumlah, aku  kan ambik jurusan sejarah,hehehe)..


ni dia, kaunter2 untuk membeli tiket di beberapa destinasi,,


sebelum berlepas, sempat lagi pose ye...

agak besar juga feri ni.. di dalamnya terdapat dua tingkat tempat duduk untuk penumpang

terdapat juga bot2 kecil. Biasanya, ianya digunakan untuk menuju ke pulau-pulau yang terdekat sahaja

Perjalanan kami semasa menaiki feri untuk menuju ke Labuan berjalan semasa 4 jam tempoh perjalanan. Sememangnya, suhu penyaman udara yang digunakan semasa di feri sangat sejuk.

setibanya di destinasi Labuan, aku mengambil gambar bebrapa sistem matawang yang digunakkan di seluruh dunia ini..

Sebentar berada di Labuan, memang menyeronokkan. Tetapi, kesuntukan masa yang agak meruncing menyukarkan kami untuk mendapatkan barangan buah tangan untuk di bawa balik..Apa lagi, kalau bukan coklat. Mungkin di lain waktu sahajalah kiranya ya..

menuju ke destinasi kembali ke Kota Kinabalu

Semasa perjalanan pulang, di dalam feri aku sempat mengambil beberapa buah gambar yang agak cantik. Bukan apa, ianya merupakan tempat yang cantik seperti kubu-kubu dan masjid. Memang cantik, lebih cantik dari gambar yang terdapat di sini sebenarnya.






Akhirnya, pengembaraan kami berakhir sehinggalah sampai di destinasi sebenar yang ingin ditujui iaitu Sandakan. Setibanya kami di KK, pada awal pagi lagi, kami bergegas untuk menaiki penerbangan  untuk menuju ke destinasi. Syukur alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju akhirnya. Dari Keningau hendak ke Sandakan.

Sampai bertemu lagi di entry yang seterusnya kelak. Semoga, pengembaraan anda juga akan lebih menyeronokkan dan berada dalam keadaan yang tenang dan selamat semasa pengembaraan, insyaAllah !!!

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..