Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, April 8, 2011

Untungnya "Nasib" diri?!....

Gambaran aku sedang dilanda kesibukan(Gambar Hiasan)
Assalamualaikum..

             Rasanya sudah agak lama sepi tanpa sebarang kemas kini blog ni. Sedikit kesibukan, menyebabkan semuanya terhalang. Mana tidaknya, jika banyak program dan acara terutamanya musim acara sukan berlangsung beberapa tika yang lalu. Penat juga tidak terkecuali dirasai.

              *********************************************************************************

          Orang sekeliling acap kali mengatakan aku adalah seorang yang sentiasa bernasib baik. Entah. Aku sendiri tidak pasti akan kesahihannya. Atau hanya pujian dan gurauan menyedapkan hati semata. Aku sendiri kurang pasti. Yalah, apa taknya, semasa aku di sekolah menengah bermulanya aku di tingkatan 2 semasa tahun 2002, permohonanku untuk memohon biasiswa(Biasiwa Kecil Persekutuan) telah diterima. Sejak itu, tahun-tahun berikutnya ianya berterusan. Sehinggalah berakhir pada tahun 2008. Sedangkan ramai juga di kalangan rakan-rakan lain memohon tetapi mungkin kurang bernasib baik.

              Bagi kebanyakan orang lain yang dilimpahi kekayaan, wang sebanyak RM600 setahun itu mungkin hanya sedikit dan perkara biasa sahaja. Namun, bagi aku ianya merupakan suatu kebanggan. Ops, jangan silap pula, aku berbangga bukan disebabkan nilai($$$$) harta wang-ringgit itu.

Tetapi ianya lebih merujuk kepada sejauh mana kepercayaan dan sumbangan dari pihak pentadbiran pelajaran yang sanggup menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kami sebagai penerima bantuan itu. Manakala setibanya di tingkatan 6 Rendah-Atas, biasiswa(BKP) sebanyak RM1200 dimasukkan ke dalam akaun. Ianya berlanjutan sehingga tahun 2008. Untung juga, bukan. Syukur alhamdulillah, semuanya atas kurniaan rezeki dari Yang Maha Esa.

             Berlanjutan pula tempias doa dan sokongan dari orang sekeliling terhadapku. Nasib ku yang sentiasa untung, acap kali disebut-sebut seakan-akan menjadikan doa menjadi nyata. Syukur alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan.

                    **********************************************************************************


                Aku hanya menyepikan diri di rumah untuk bergelar 'PENGANGGUR'  beberapa ketika setelah aku menamatkan persekolahanku. Rasa terkilan juga tika memandang rakan sebaya yang lain melanjutkan pengajian masing-masing di universiti. Entah bagaimana, pintu hatiku tiba-tiba terbuka untuk menjadi pendidik pula. Sedangkan seumur hidupku tidak pernah langsung terdetik untuk menjadi seorang guru. Bukannya apa, menjadi seorang guru ni, banyak cabarannya. Aku akui bahawasanya aku langsung tiada bakat untuk menjadi seorang guru. Minat apatah lagi. Pada masa yang sama ianya mendapat tentangan dari keluarga. Namun aku percaya dengan gerak hati. Biar apa pun, aku tetap dengan kekerasan. 'Degil' mungkin boleh didefinisikan untuk menggambarkan personaliti ku saat itu...

               GSTT hanyalah sandaran semata untuk aku mendapatkan bekalan kewangan bagi perancangan meneruskan pengajian di pusat pengajian luar. Itu sahaja yang terlintas di fikiranku."Hanya sementara".."Hanya sementara". Namun, lama-kelamaan lain pula ceritanya. Mungkin hikmah yang disusun rapi ini membuatkan aku berubah untuk terus memajukan diri dan masyarakat umumnya. InsyaAllah. Lagi pula, ini sahajalah jalan penyelasaian yang aku ada.

         


Hati ini bukannya sudah tertutup untuk menyambung pengajian, tapi terasa sungguh berat untuk menyusahkan dan memberi bebanan terhadap keluargaku untuk membiayai pengajianku kelak. Yalah, walaupun sekarang ini sudah ditaja sepenuhnya oleh PTPTN. Jangan pula dilupa, perbelanjaan yang banyak juga akan mendorong untuk meminta kiriman kewangan setiap hujung bulan daripada keluarga di kampung. Ini bukan andaian semata. Tapi, berdasarkan pemerhatianku terhadap salah seorang abangku yang sekarang ini masih melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

Seorang moyang berumur 94 tahun, Hazel Soares (gambar) menerima ijazah sarjana muda sastera dalam pengajian sejarah dengan kepujian di Kolej Mills yang dikhaskan untuk pelajar wanita tersebut.
Entahlah, mana tahu suatu hari nanti, rezeki ku untuk melanjutkan pengajian akan menjadi nyata juga.Amin.Menuntut ilmu itu kan tidak tertakluk kepada usia. Usia setengah dekad pun masih ada yang mampu mendapatkan segulung Ijazah.Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..