Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, April 30, 2011

Di sebalik topeng 'WAHABI'?...

Assalamualaikum..

Pada kali ini mari kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang fahaman 'wahabi'. Sering kali juga kedengaran isu fahaman 'Wahabi' yang jelas mendapat tentangan daripada sesetengah pihak. Tambahan pula isu fahaman berbentuk keagamaan ini begitu berbentuk sensitif. Apa taknya jika ianya berkait rapat soal  songsang akidah para pengamalnya. Semuanya berunsurkan keraguan dan begitu diragui. Oleh itu, mungkin sedikit maklumat yang saya bawakan ini mampu menghuraikan kekusutan yang kian membelenggu minda kita sebagai masyarakat yang prihatin, insyaAllah.





*Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiyah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).
Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.
Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).ingin tahu lebih lanjut, sila klik..


Sebagai renungan dan pedoman kita bersama:

~Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan..(Sayyidina Umar AL-Khattab r.a)

Wallahu'alam...

2 comments:

  1. klaw x salah fahaman wahabi ni femes kat perlis kan? hurrrmm, ada owang kata wahabi tu sesat n ada owang kata x.. naseb bek saya bukan pengamal wahabi.. ;)

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRI wallahu'alam..semoga kita sentiasa diberikan petunjuk & terhindar dr akidah yg songsang..

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..