Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, September 26, 2014

Special day on the day....


Selamat bertemu kembali semuanya..

Laman ni sememangnya agak sedikit berhabuk. Al maklumlah lama sudah tidak dijenguk oleh tuan empunya blog. 

Semenjak cuti hari raya yang lepas, belum ada kesempatanku untuk mengemas kini laman blog ini. Sebenarnya xpasti juga mau update apa ye.. hihihi

Apa-apa pun, nak share satu benda yang kira istimewa. 

Bingkisan gambar sempena birthday aku yang lepas. Jatuh pada 21 september, Terima kasih banyak kepada kekawan yang sudi celebrate ...



Ok, akhir kata jom kita sama-sama menghayati kata-kata hikmah di bawah ini. Semoga bermanfaat. In shaa ALLAH..









Sampai bertemu lagi, 

Wassalam...

Sunday, August 3, 2014

Syawal menjelma lagi...


Salam mesra dan sejahtera buat kalian...

Syukur alhamdulillah kita masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk menikmati keindahan syawal yang mulia. Terasa rindu bertaut kembali pada bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu kembali. Namun, itulah fitrahnya. Kehidupan perlu diteruskan...

Di hari lebaran yang lalu sememangnya agak sibuk sedikit dalam menyediakan kelengkapan persiapan hari raya. Jom tengok bingkisan gambar yang sempat dirakamkan melalui lensa telefon pintar kami kat sini yeee.. Syoknya ..raya SAKAN 2014

Seterusnya berterusan pula dengan menyambut kedatangan tetamu di hari lebaran yang tidak putus-putus datang berkunjung dan berbalas-balas kunjungan. 

Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin...


Cuti hari raya selama seminggu telah berakhir. Sekarang aku kembali ke kampus untuk meneruskan perjuangan ku. Hidup perlu diteruskan, inilah fitrah yang perlu kita terima dan hadapi dalam kehidupan. 

Akhir kata, jangan kita lupa untuk mendoakan saudara sesama kita yang menghadapi kesusahan di luar sana.. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka semua, insyaAllah..




Sampai bertemu lagi.. Wassalam..

Saturday, June 28, 2014

Kembali lagi ke KAMPUS...


Salam mesra dan sejahtera hendaknya buat kalian..

Cuti ku telah melabuhkan tirainya.


*********************************************************


Seminggu menjejakkan kaki di kampus terindah ini, banyak aktiviti yang dilakukan. 


Perkara pertama ialah mengemas semula barang-barang di dalam stor dan bilik yang telah dipenuhi oleh sawang dan segala macam habuk..


Perkara kedua pula menilik kembali jadual pembelajaran. Sememangnya suatu kewajipan terutamanya di awal semester yang baharu ini. Proses menyesuaikan diri masih lagi belum selesai nampaknya.


Perkara seterusnya memang banyak yang berkaitan dengan hal-ehwal semasa di dalam IP kami orang ni la. Kalau dimuatkan dalam blog ni, memang berjela-jela juga panjangnya. hehehe

Apa-apa pun di bulan yang penuh keberkatan ini, tidak lupa aku titipkan...


Tips-tips yang perlu diamalkan...insyaALLAH...


Walau apa pun jua, semoga ibadah kita semua sentiasa beroleh keberkatan, insyaAllah...

Sampai bertemu lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..