Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Wednesday, April 17, 2019

Kisah MQA- Penilaian Akreditasi PISMP Sejarah Kohort 1


Lama xupdate blog ni..sekarang aku akan throwback cerita lalu..

terlalu banyak kenangan pada hampir ke penghujung 2017..

Ini salah satu kisahnya. Selepas kami habis pengajian di IPG Kampus keningau, tidak berapa lama kemudian kami mendapat panggilan kecemasan daripada pihak IPG...

kami diminta kembali ke ipg untuk menyelesaikan penilaian akreditasi. Sebanyak beratus2 fail yang perlu disiapkan, yang mana ianya merupakan segala dokumen sepanjang 5 tahun setengah bersamaan 8 semester yang perlu dikutip semula. (inda kau, 8 semester bah jo... matai nah rayang...)

Paling bikin sandi (org sabah bilang), segala dokumen semua tu ada disimpan dalam pendrive ku & satu lg backup ada di tangan kawan dari sarawak. Namun, memandangkan pendrive ku masa tu pula buat hal & tidak mampu untuk diselamatkan lagi, kami berusaha mengutip semula semua dokumen melalui laman facebook kelas kami PAGE HISTORY LOVERS FAMILY , dari laman blog kelas kami, dari internet, & mcm2 lg cara la bah....

kwn2 dari sarawak pula ada yg xdpt turut serta ke sabah atas masalah kewangan sebab masa tu kami belum posting.

Namun, masih ada beberapa rakan dari sarawak yang dapat turut serta. Kawan-kawan dari sarawak yang jauh masih mampu memberikan sokongan dan bantuan melalui internet untuk memberikan bahan. Itu pilihan terbaik yang kami ada memandangkan kami begitu kesuntukan masa.

Dugaan dan cabaran sangat banyak dilalui. Sehinggakan selama lebih seminggu kami bersengkang mata dan sentiasa dibelenggu ketakutan.

Okey, xmau la cerita panjang lagi, sebab hanya kami yang faham apa yang berlaku pada masa itu..

Jom tengok bingkisan sedikit gambar..

Ni gambar semasa...
















Manakala ini pula ialah gambar selepas berakhir dan berjaya mendapat penilaian akreditasi....

Syukur Alhamdullilah semuanya berjalan lancar....











Sekian sahaja update buat masa ni... nanti aku akan update lg masa akan datang okey...

Sampai ketemu lagi...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..