Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Wednesday, June 4, 2014

Jalan-jalan..blogwalking...

Salam mesra & hai buat smua para pengunjung blog serta rakan-rakan blogger...
Syukur alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Masih bernafas di muka bumi ini dan in shaa Allah masih dapat mengeratkan sillaturahim dengan aktiviti-aktiviti 'blogwalking'...
Di bawah ini ada sedikit tips untuk memudahkan aktiviti following2x. Supaya saya mudah nak follow blog korang. Kalau korang tidak sudi nak follow blog saya (gurau je laa, hehehe).. tidak mengapa tinggalkan saja url site blogspot anda supaya saya dapat follow anda ok. (^___*)Y....


Cuti masih belum melabuhkan tirainya. Tatkala masa cuti ini, sememangnya ada yang agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama keluarga terutamanya sehinggakan terlupa atau tiada ruang serta kesempatan menghubungi rakan-rakan lama dan juga baharu kan. 
Waktu cuti sebegini, jika aku pula sememangnya akan bersama keluarga dan anak-anak buah (anak sedara) yang akan balik bercuti di kampung. Selain itu, menyampaikan hajat orang dengan berkunjung ke walimatulurus keluarga serta rakan-rakan yang menamatkan zaman bujang mereka. Hujung minggu ini pula keluargaku akan mengadakan kenduri tahlil untuk arwah bapaku.

Aktiviti lain pula adalah bergotong-royong membersihkan halaman rumah. 


Sememangnya agak sibuk sedikit dan 'notification' atau mesej-mesej yang sampai tidak akan termampu untuk dibalas secepat yang mungkin. Contohnya seperti aplikasi 'Whatsapp', 'We Chat', 'Hang out', 'Messegger-facebook', 'Line' & seumpamanya itu. Ditambah pula oleh masalah rangkaian  internet yang terlalu lambat dan sekelip mata sahaja mudah hilang.
Namun, sekiranya ada sedikit ruang dan kesempatan aku akan berusaha untuk aktiviti blogwalking. Kekadang cukup sekadar menjadi  'follower' dan 'silent reader'. Tapi kalau boleh, cuba lah elakkan untuk jadi 'silent reader' ok.

Jikalau rangkaian internet menyokong & membantu, aku akan tinggalkan komen di laman blog rakan-rakan blogger juga, in shaa Allah....

Sebenarnya, banyak kebaikan 'blogwalking' ni. Aku rasa anda juga tau bukan. So, ada apa-apa komen atau pendapat jom kita share sama-sama kat sini ok. 

Untuk memudahkan proses komen-komen kat blog aku ni juga, aku telah pun ubah setting untuk ruangan komen. Sebab sebelum ini, aku menggunakan aplikasi 'intense debate'

Tapi, memandangkan ianya agak menyukarkan rakan-rakan blogger untuk memberikan komen, aku cuba berusaha untuk mengubahnya seperti yang asal. Seperti dalam gambar di bawah ni :

Ok, apa2x pun ucapan terima kasih di atas keprihatinan rakan-rakan blogger yang sudi memberikan sedikit tips & teguran membina.

Jangan ketinggalan untuk aktiviti blogwalking ok...

Sampai bertemu lagi.. Wassalam.

4 comments:

  1. cantiknya rumah awk firo...kemas dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je..umah2x kampong kn....hehe
      pa2 pun thanks athiqi

      Delete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..