Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, August 11, 2011

komitmen demi komitmen..

 السلام عليكم..
         
           Di kesempatan ini aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang dimuliakan khususnya buat umat muslim. Semoga segala amal ibadah kita sentiasa diberkati, InsyaAllah.. Agak terbatas waktu untuk mengemas kini blog ini. Mana taknya, terlalu banyak tugas & komitmen yang memerlukan tenaga kudrat ini untuk digalas.

          Pelbagai perkara dan tugasan perlu aku selesaikan  dalam kadar yang segera. Warga pendidik KPM tentunya faham dengan situasi kesibukan pada lewat kebelakangan ini. Antara perkara yang perlu diselesaikan dengan kadar segera adalah :  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah .. Buat masa sekarang masih ada beberapa buah kelas yang masih belum selesai 'key-in'.

Begitu juga nasibnya dengan Petaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Fail keramat itu pun masih lagi terkunci rapat. Entah bila agaknya ada kesempatan untuk menyelesaikannya dengan segera. Komitmen demi komitmen silih berganti. Namun di sebalik kesempitan waktu ini begitu banyak mengajarku erti ketekunan, kesabaran, & yang paling penting mencurahkan ilmu yang begitu berharga buat bekalan, insyaAllah.


         Sesungguhnya aku begitu bersyukur dengan segala nikmat, rezeki, & ilmu yang tidak putus-putus dikirimkan buat ku ini.

     ~  الحمدالله الرب العا لمين



          

2 comments:

  1. kesian dengan guru2 zaman la ni.. macam2 keja nak kena buat.. sabaq ye.. HUHU

    MySuaraBlog: Bible Di Link Blog Anda

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRI ya, teknologi smakin canggih,jd bnyklah progrm kena upgrade mcm ni..hrp2 pnddkn kat negara kita ni boleh la berdiri setanding dgn antarbngsa plak kan..hehe

    ReplyDelete

Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..