Dengan lafaz bismillah, aku mulakan penulisan ku kali ini. InsyaALLAH, semoga bermanfaat perkongsianku kali ini. Sebelum itu, maaflah..sememangnya sudah agak lama aku membiarkan laman ini sepi tanpa khabar berita. Ya, memang kesibukan kuliah, program-program tertentu, hal-hal peribadi & yg terbaru ini iaitu peperiksaan semester adalah di antara faktor-faktor yang menjadi pengekang utama.
Pelbagai perkara baru kutemui dan ada jua yang sudah lama ku tinggalkan kini terpaksa ku lalui kembali. Dugaan, cabaran, masalah, tekanan dan macam-macam lagi. Sukar rasanya untuk ku terangkan melalui kata-kata. Hanya mampu kugambarkan melalui minda dan bayangan sahaja.
Kadangkala masalah itu akan timbul daripada tekanan. Tekanan pula datangnya daripada pemikiran yang terlalu jauh ke arah negatif. Oleh sebab itu, ianya akan mewujudkan pelbagai salah faham dan masalah. Aku teringat suatu peristiwa yang aku sering kali menjadi agak keliru untuk memikirkannya.
hanya gambar hiasan |
Peristiwa tersebut berkaitan perselisihan faham sesama manusia. Aku merasa ingin sekali untuk cuba menyelesaikan masalah seumpamanya itu. Tetapi apakan daya, tidak termampu rasanya. Mungkin, jika aku melibatkan diri ke atas masalah peribadi itu ianya akan lebih menjadi besar, nauzubillah. Sememangnya indah rasanya jika hidup ini aman harmoni tanpa sebarang sengketa. Sememangnya ketenangan itulah yang aku inginkan. Dapatkah itu ditemui, InsyaALLAH...
Jangan lupa, yang penting berdoa dan bertawakallah kepada yang maha Esa.
OK...Diharapkan, kali ini sedikit sebanyak kita boleh mendapat perkongsian yang bermanfaat dalam meniti kehidupan kita sehari-hari ini. Biasalah, dugaan itu sememangnya perit untuk kita tempuhi.. Aku jua percaya, kita semua masing-masing menghadapi bermacam-macam bentuk dugaan. Aku jua percaya, kekuatan itu pasti ada tersembunyi dalam diri kita. Cuma, kita sahajalah yang perlu mencari kuncinya. Semoga hari ini akan jadi lebih baik dari sebelumnya, InsyaALLAH !!!..
Wassalam, insyaAllah sampai bertemu di lain kesempatan..
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!