Getaran telefon bimbitku mengejutkan aku dari terlelap seketika. Jam di telefon bimbit baru menunjukkan pukul 2.30 petang. Kerana mengantuk aku terlelap seketika setelah selesai solat zohor. Kulihat ada mesej baru sampai. Rupanya sahabat seperjuanganku yang ingin menemui aku pada petang itu. Setelah selesai solat asar, aku menemui sahabatku itu, di tempat biasa. Di mana lagi kalau bukan di jeti tepi laut. Pemandangan yang sangat mempesonakan mata memandang. Sudah agak lama kami tidak bertemu, terlalu banyak hal yang dibicarakan bersama.
Maz, salah seorang sahabat karibku yang menjadi teman ke mana sahaja pergi. Ya, hanya tinggal kami berdua yang setia menjadi penunggu di kampung kami ni. Semua rakan-rakan seperjuangan kami yang lain telah melanjutkan pelajaran ke universiti. Maka, hanya kami sahaja yang masih setia di sini menjadi penunggu. Kerana dia lah juga aku melibatkan diri dalam memberikan ilmu sebagai pendidik, guru di sekolah. Pada tahun pertama dia menjadi guru sandaran, aku masih belum berminat untuk melibatkan diri sebagai pendidik. Setelah masuk tahun seterusnya, atas pelawaannya maka Allah s.w.t telah membuka pintu hatiku untuk mencuba nasib dalam bidang ini.
Alhamdulillah, berkat pelawaannya aku telah berubah sedikit demi sedikit menjadi orang yang berilmu dan mementingkan hal-hal berbentuk ibadah(InsyaAllah). Syukurlah aku menemui salah seorang sahabat yang boleh membimbing aku ke jalan yang lebih diredhai. Hujan memabasahi bumi tatkala kami bersembang terlalu leka di jeti itu. Kami pun bergegas balik ke rumah. Sungguh singkat masa yang berlalu.
Malamnya, aku menerima berita baik dari kakak ku yang bertugas di sekolah rendah. Dia memberitahuku bahawa ada iklan pemberitahuan pengambilan guru sandaran tidak terlatih bagi pendidikan islam. Makanya kami merancang untuk ke pusat PPD untuk mendapatkan borang itu. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi tarikh tutupnya. Kemudian abang aku yang juga bertugas di bahagian pejabat juga menghubungiku dan memberitahu berita baik tersebut. Begitu juga dengan Maz. Dia menghantar SMS untuk memberitahuku tentang berita baik itu.
Niat baik itu, kami teruskan juga. Aku dan Maz pergi untuk mengisi dan menghantar borang tersebut ke pejabat.Adakah sekali lagi kami akan berbakti sebagi pendidik?.. Harap kejayaan akan menemui kami, Amin Ya rabbal'alamin...
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!