Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y
Sunday, December 5, 2010
keliru dalam membuat keputusan..
"Andainya ini takdir hidupku, aku redha Ya Allah...aku akan tunaikan komitmen ku sebaik yang mungkin, InsyaALLAH.."sebaik kaki kananku menjejak bumi tapak sekolah tersebut aku terasa seperti ada batu menghempap belakangku..betapa beratnya tanggungjawab kupikul selepas ini..mampukah aku menggalasnya..dalam usia semuda ini, layakkah aku menjadi seorang pendidik. Apatah lagi menjadi seorang pembimbing agama. Diri sendiri pun terumbang-ambing, mahu pulak membimbing orang lain. Aku merasakan betapa pedih kata-kata itu menikam-nikam panca pemikiranku. Adakah lebih baik andainya aku mengundur diri sahaja? kerana aku tidak layak untuk memegang peranan yang semulia ini. Aku tidak semulia itu. Namun, jika aku mengundur diri, aku merasa bersalah kerana tidak dapat memberikan bantuan terutama kepada golongan anak-anak didik yang begitu memerlukan pendidik di kala mereka kesukaran mendapat didikan di sekolah saat sekolah mereka mengalami masalah kekurangan guru. Ya ALLAH, dalam beramai-ramai hamba-MU di dunia ini, mengapa aku yang terpilih untuk menjalankan tugas yang seberat ini. Tapi aku tetap redha dengan segala ketentuan ini..kerana aku percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Tambahan lagi, betapa peliknya aku ditakdirkan bertugas di kawasan bandar. Berlainan sekali dengan rakan-rakan seperjuangan ku yang lain yang terpaksa bertugas di kawasan pulau-pulau pedalaman. Aku bersyukur dengan segala rezeki limpah kurniaanmu Ya Allah. Walaupun berat ujian yang ENGKAU berikan kepadaku ini, Ya ALLAH aku bersyukur kepada-MU...ALHAMDULILLAH HIRABBILALAMIN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Jom kongsi pendapat. Terima Kasih di atas keprihatinan anda, ok !!!