Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Tuesday, September 29, 2015

Jerebu oh jerebu..


Hai semua pembaca blog yang dikasihi...

Cuti raya haji baru sahaja berakhir. dannn kami kembali seperti biasa ke IPG atau lebih dikenali sebagai maktab. ni..huhuhu..

Sekarang ni musim pengelolaan kejohanan acara balapan dan padang bagi tahun 2015.. so, busy la skit..namunnn, aku masih ada masa mencuri sedikit waktu untuk mencoret-coret sejenak di laman blog ni..hehehe

Seperti yang sedia maklum, sekarang ni musim jerebu memenuhi segenap ruangan di alam saujana kita ni kan.. kami yang berada di zon borneo negeri di bawah bayu ni sememangnya juga tidak dapat lari dari masalah jerebu...

Bagaimana kawasan tempat korang?... Masalah Jerebu dah semakin pulih ke?..

Jadi untuk mengatasi masalah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan kita, jom kita amalkan tips-tips berikut :

Sumber : dipetik daripada Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


Langkah-langkah Pencegahan Semasa Jerebu



NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU

1.   GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit  jantung dan respiratori  juga  mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk  mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

2.     NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
             i.  Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
           ii.  Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
          iii.  Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
          iv.  Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
           v.  Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
          vi.  Penutup   hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
        vii.  Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
       viii.   Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
         ix.  Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Makanya harus kita ingat bersama, jaga kesihatan anda.. paling penting banyakkan minum air ok...

Sampai kita bertemu lagi di lain kesempatan..
Wassalam...

Monday, September 21, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Salam sejahtera semuanya...

Sihat ke semua?.. syukur alhamdulillah.... Kita masih lagi dipanjangkan usia dan masih berpeluang menikmati keindahan alam saujana ciptaan illahi ini..

Wah, panjang plak wadah pembuka bicara kali ini yah...hehehe

21 September... wow.. lahirnya insan bernama SITI FIRONIKA BINTI HAJI ABD RAHMAN.. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang sweet2 smuanya atas wish kamurang ya.. aaminnnn atas doanya semua ya...hehe

Sedar xsedar, lagi beberapa hari lagi menjelangnya hari raya aidiladha.. kalau kat kampung kami ni, hari raya haji kira meriah la juga..tapi tidaklah semeriah hari raya aidilfitri..


Macam mana plak dengan sambutan hari raya aidiladha di tempat awak semua?.. meriah ke tau macam mana, share la kat sini ok...


Namun, biasanya kalau di negara Brunei, hari raya Haji ni la merupakan hari raya yang sangat meriah berbanding hari raya Aidilfitri tau.. hehe..bukan pa, aku selalu dengar cerita dari family-family dari sana tu...hehe


Jom selongkar info sedikit tentang :

Amalan sunat di Hari Raya Aidil Adha
Sunat Hari Raya Aidil Adha

Apa-apa pun, semoga kita semua sentiasa berada dalam keberkatan illahi..

in shaa Allah...
Sampai ketemu lagi..
Wassalam..
 

Tuesday, September 15, 2015

Gejala hemoglobin rendah

Hai bloggers dan pembaca yang masih setia semuanya..

Hari ni cuti Hari Malaysia.. 16 Sept.. Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia, tidak terkecuali juga buat rakyat Malaysia yang berada di luar Malaysia ok...

Sihat ke semua?.. Syukur Al-hamdulillah kita masih dikurniakan kesihatan dalam keberkatan-NYA..
Hari ini, tetiba plak ada semangat untuk update entry terbaru di sini.. Walaupun banyak kekangan yang menghalang..huhu..

Yalah, sudahlah esaimen berlambak belum siap, tambah dengan urusan-urusan jadik AJK pengelola tuk dinilai pemarkahan kerja kursus, macam-macam lagik la..so stress, so tired, so so so la...haha.. feeling xtau sudah mau jadik apa ni...

Ok, sebelum aku merapuh entah apa-apa ni, di sini aku sebenarnya mahu sharing tentang satu info kesihatan...

Gejala hemoglobin rendah... Ok, begini kisahnya :

Semalam, aku berazam sangat ingin menjadi penderma darah yang kebetulan dibuka di maktab kami tu.. Jadiknya aku beriya-iya sangat ni. Tetiba pada masa yang sama aku menghadapi masalah 'orang perempuan'.. 'PERIOD'.. huhu..sangat kecewa sebenarnya..

Tapi, aku tetap teruskan niat juga ok. Kami pun buatlah pemeriksaan kesihatan. Berat aku pada masa tu adalah 45kg.. Sedangkan berat aku sebenarnya 43kg ok, tp, penimbang berat badan tu mmg lebih skit..haha..so, aku kira layaklah.. kemudian, nurse tu tanya, sekarang period tak..tp aku tipu, aku kata tak period pun....haha.. lepas tu plak, pemeriksaan seterusnya tekanan darah..ok tekanan darah aku normal..

Seterusnya peringkat pemeriksaan jenis darah. Hah.. di sinilah segalanya terbongkar.. bila, nurse tu check kadar hemoglobin aku di paras yang agak rendah.. cuma 11.56 mg jer...huhu.. sebab, sepatutnya kadar hemoglobin yang normal bagi seorang wanita adalah 12-15 mg ok.. 

huhu.. so, aku TIDAK layak jadik penderma darah pada kali ini.. Sebelum ni aku pernah menderma darah.. tu yang kecewa sangat ok..tidak mengapa, ada lagi peluang akan datang... in Shaa Allah..
Rupa-rupanya inilah sebabnya mengapa perempuan yang haid tidak layak menjadi penderma darah, Semasa perempuan haid, ianya akan mempengaruhi kadar hemoglobin atau kekurangan zat besi. Terdapat sesetengah wanita yang akan kehilangan banyak darah. So, untuk info lanjut, bolehlah minta penerangan dengan yang lebih pakar lagi ye..
Ramai orang beranggapan bahawa seseorang yang pernah jadi penderma darah, berat badan dan fizikalnya akan berubah jadik gemok.. Tapi bagi aku semua itu kurang tepat ok.. So, jangan jadikan semua itu sebagai penghalang untuk kita jadi penderma darah ok..
Ok, aku sempat mencuri-curi sedikit info dari uncle-uncle google.. jom usha2x info tu :
Hemoglobin menurut Wikipedia
Mengatasi Gejala Hemoglobin rendah
So, lepas ni jom lah kita sama-sama jadik penderma darah. Banyak manfaat dan kebaikannya ok..
Sampai bertemu lagi.. 
Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..