Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Sunday, November 28, 2010

bermulanya ceritera..

       Macam-macam kisah realitinya kehidupan kita di muka bumi ciptaan Tuhan ini yang ingin aku kongsikan bersama kalian.InsyaAllah ada hikmah yang boleh menjadikan kita lebih positif dan mendapat hidayah serta petunjuk illahi untuk meneruskan hidup dengan lebih matang,amin.

             Ya, seperti kisah yang digarapkan oleh para pengarah atau layar lara dalam filem atau drama, kadang-kadang ada yang berlaku betul-betul secara realitinya dalam kehidupan kita. Namun aku percaya mesti ada hikmah yang tersirat di sebalik semua yang terjadi..InsyaAllah..Apa yang membuatkan aku percaya bahawa dalam kehidupan kita, makin buruk atau malangnya keadaan yang menimpa, makin besar hikmah yang tersirat sebenarnya..insyaALLAH..semuanya dengan izin Allah s.w.t.


      Setelah tamat persekolahan di alam sekolah..sementera menunggu keputusan STPM, aku telah mengisi borang untuk menjadi guru sandaran. Syukur alhamdulillah rezeki berpihak padaku.Aku telah mendapat surat tawaran untuk berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah yang terdapat di bandar..atau yang lebih dikenali sebagai GSTT...pada mulanya, aku hanya ingin mencuba nasib sahaja..kemudian aku pun terasa berminat untuk mengisi borang jawatan tersebut pada saat-saat akhir hampir melewati tarikh tutup permohonan..Tidak berapa lama kemudian aku telah dihubungi oleh pihak pejabat untuk menghadirkan diri ke hari temuduga yang diadakan di pusat temuduga.

          Pada berlangsungnya temuduga itu, aku berkenalan dengan kenalan-kenalan yang sangat mesra. Kami seakan-akan sudah begitu lama mengenali antara satu sama lain. Secara tidak langsung, debaran terasa sedikit kurang. Walau hari menjejak ke waktu senja, aku tetap setia menunggu giliranku tiba dipanggil ke bilik temuga. Ujian temuga bertulis telah selamat dijalani. Hanya menunggu saat untuk menghadirkan diri ke ujian lisan yang mana kita terpaksa berhadapan dengan penemuduga yang begitu menggerunkan. Jelas di mataku ketegasan yang dimiliki oleh penemuduga tersebut. Doa serta tawakal tetap tidak lekang dari bibir dan hatiku.

            Memang terkejut dan tidak sangka, apabila aku dihubungi oleh pihak pejabat mengkhabarkan  khabar berita baik mengarahkan aku untuk mengambil surat tawaran penerimaan jawatan tersebut secepat mungkin.  Maka niatku untuk melanjutkan pengajian ke universiti, terpaksa aku batalkan. Perancangan yang akan datang, akanku kuselitkan juga ianya di dalam jadual hidup azamku kelak. Walaupun pada mulanya tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menjadi seorang guru, tapi aku tetap redha dengan ketentuan illahi ini. Ibuku pula berat hati untuk melepaskan ku melibatkan diri di alam pekerjaan dalam usia muda begini. Khuatir aku tidak akan berminat lagi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kelak. Namun dengan diringi doa petunjuk serta tawakal ke hadrat illahi, aku tetap meneruskan niat. Mungkin tersirat hikmah yang sangat besar, insyaAllah..Ditambah dengan minat yang kurang dan tidak bertauliah, aku merasa begitu kerdil berada di dalam bidang perguruan dalam seusia ku ini. Bak kata pepatah 'tak kenal, maka tak cinta'.

        Setibanya aku menjejakkan kaki dan bersuai kenal dengan rakan-rakan sekerja guru-guru di sekolah tersebut, ramai yang mengatakan aku terlalu muda untuk menjadi seorang guru. Terdapat juga yang merasa hairan dengan bunyi nama penuhku yang seakan nama kelahiran orang berbangsa arab, ditambah lagi dengan nombor kad pengenalan di pangkal tengah begitu menggamit minat dan perasaan ingin tahu mereka tentang latar belakangku sebenar. Sekurang-kurangnya aku rasa sangat beruntung dan bertuah kerana diarahkan untuk bertugas bersama dengan rakan sekerja yang begitu ramah. Sehinggakan kami merasa seperti sebuah keluarga. Indah sungguh kenangan terindah yang sukar kulupakan itu.

         Setiap pagi aku akan menuju ke sekolah bersama dengan seorang guru yang bertugas mengajar di pra-sekolah. Sungguh beruntung aku mengenali Cikgu Latifah atau lebih mesra dipanggil kak Tifah. Dia sangat baik hati dan mudah mesra orangnya. Jika bukan kerana dia, terpaksalah aku menaiki dua kali bas berturut-turut untuk menuju ke sekolah. Sebab, tempat tinggal tumpangan ku berada di kawasan perumahan yang agak jauh sekali jaraknya dengan sekolah tesebut. Saat yang dijangkakan telah tiba juga, aku terpaksa meninggalkan tugasku di sekolah itu kerana mematuhi kontrak perjanjian. Sedih rasanya, tapi apakan daya, aku hanya menurut perintah. Aku berdoa suatu hari nanti aku akan bertemu semula dengan mereka dan menjalankan tugas sebagai sebahagian daripada warga sekerja mereka, amin Ya rabbal 'alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..