Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, April 19, 2019

Konvo KU di tahun 2017


28.Ogos 2017 merupakan hari bersejarah buat kami, kerana kami berkesempatan untuk naik ke atas pentas bagi menerima segulung ijazah setelah 5 tahun setengah menempuh onak & duri..ceh gitew...hihihi

Jom tengok sikit bingkisan gambar yang sempat dirakamkan... untuk pengetahuan kamurg, ada beberapa buah IPG yang bergabung dan terdapat sebanyak beberapa batch digabungkan sepanjang majlis konvokesyen ni berlangsung...

Dua hari sebelum konvo kmi satu family sempat jejalan dlu... shopping sikit, ole2...tgk tempat mkn best2..cuma gambar kurang la sikit, xtersave mengkali gambar2 yg lain...tgk ja la mana yg masih sempat di save ya...

Jalan2 dlu kl & putrajaya sebelum hari konvo...












Sehari sebelum konvo, taklimat /raptai konvo & hari yang dinantikan telah tiba majlis konvokesyen kali ke-8 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Syukur Alhamdulillah...

Masa bergambar di studio memang agak mencabar sebab ramai betul orang. Rasa penuh sangat2 MAEPS masa tu. sangat sesak... sampai boleh sesat...































Lepas konvo terus fly ke langkawi... Langkawi mmg pulau yang cantik..cuma agak panas cuacanya.. 

Memandangkan aku ni jenis antibodi mmg xtahan dgn haba panas matahari, setelah kembalinya ke Sabah terus demam

Suara di anak tekak ni jgn cakapla, mmg serak2 basah terus gitu... haha..

dah la interview spp masa tu. terus aku telan strepsils. inda kau, nyaris2 kebangkalan,(org sabah bilang)...

Ok, cerita tu nti next entry la aku kongsikan ok...hahaha

ok, jom tgk lagi sedikit gmbr masa di langkawi. Masa ni, kami menyewa kereta dan ronda2 satu langkawi. Alhamdullillah semua dipermudahkan dan xla susah sgt sebenarnya utk explore di sini bagi org2 baru...

Keadaan tempat di langkawi tempat kami menginap tu mmg sangat tenang dan seperti keadaan di pekan, senang untuk hafal jalan di sini ni. Memang puas la kami ronda2 sendiri2 ja tanpa bantuan pemandu pelancong. memang superb makanannya dan friendly sgt org2nya.

Teringat nasi arabnya.. memang superb la....













Ok, flight pun masa ni adalah hari raya pertama Aidil adha.. haha..
kami beraya di airport klia masa ni... best la jg pengalaman beraya di perantauan sama family ni...


Sekian la dulu entry untuk kali ni ya.. 

nti lagi sambung update entry lain lg. lain entry lain la kisahnya ok...

Sampai ketemu lg...

Wassalam....

Wednesday, April 17, 2019

Kisah MQA- Penilaian Akreditasi PISMP Sejarah Kohort 1


Lama xupdate blog ni..sekarang aku akan throwback cerita lalu..

terlalu banyak kenangan pada hampir ke penghujung 2017..

Ini salah satu kisahnya. Selepas kami habis pengajian di IPG Kampus keningau, tidak berapa lama kemudian kami mendapat panggilan kecemasan daripada pihak IPG...

kami diminta kembali ke ipg untuk menyelesaikan penilaian akreditasi. Sebanyak beratus2 fail yang perlu disiapkan, yang mana ianya merupakan segala dokumen sepanjang 5 tahun setengah bersamaan 8 semester yang perlu dikutip semula. (inda kau, 8 semester bah jo... matai nah rayang...)

Paling bikin sandi (org sabah bilang), segala dokumen semua tu ada disimpan dalam pendrive ku & satu lg backup ada di tangan kawan dari sarawak. Namun, memandangkan pendrive ku masa tu pula buat hal & tidak mampu untuk diselamatkan lagi, kami berusaha mengutip semula semua dokumen melalui laman facebook kelas kami PAGE HISTORY LOVERS FAMILY , dari laman blog kelas kami, dari internet, & mcm2 lg cara la bah....

kwn2 dari sarawak pula ada yg xdpt turut serta ke sabah atas masalah kewangan sebab masa tu kami belum posting.

Namun, masih ada beberapa rakan dari sarawak yang dapat turut serta. Kawan-kawan dari sarawak yang jauh masih mampu memberikan sokongan dan bantuan melalui internet untuk memberikan bahan. Itu pilihan terbaik yang kami ada memandangkan kami begitu kesuntukan masa.

Dugaan dan cabaran sangat banyak dilalui. Sehinggakan selama lebih seminggu kami bersengkang mata dan sentiasa dibelenggu ketakutan.

Okey, xmau la cerita panjang lagi, sebab hanya kami yang faham apa yang berlaku pada masa itu..

Jom tengok bingkisan sedikit gambar..

Ni gambar semasa...
















Manakala ini pula ialah gambar selepas berakhir dan berjaya mendapat penilaian akreditasi....

Syukur Alhamdullilah semuanya berjalan lancar....











Sekian sahaja update buat masa ni... nanti aku akan update lg masa akan datang okey...

Sampai ketemu lagi...

Wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..