Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, January 31, 2015

permulaan yang 'AWESOME'...


Selamat bertemu lagi di laman blog aku yang agak lama ditinggalkan dek kerana kesibukan yang menghimpit-himpit kala ini. 

Aku terasa begitu bertanggungjawab pulak untuk update kisah pada kali ini, apabila terlihatkan sekilas pada komen dari blogger yang terasa rindu untuk membaca cerita menarik yang aku bakal kongsikan di sini. 

Wah, terharu pulak rasanya. Ada juga yang berminat dengan perkongsian entry di laman blog ini ya. Terima kasih sangat-sangat !!!... so, awesome... 

2015 tahun ini sememangnya agak awesome buat diriku. Fasa semester 4 di PISMP Sejarah ambilan Jun 2013 yang kududuki kini dimulai dengan mukadimah projek beraneka jenis. Wah, kisahnya memang agak menarik macam kuih raya yang beraneka jenis pulak kan..hihihi..

Almaklumlah, terlalu banyak projek yang terpaksa dilalui dalam sesi pembelajaran kami di dalam menuntut ilmu untuk tujuan penilaian sahsiah akedemik dan kepimpinan sebagai AJK Pelaksana Projek. Pada semester kali ini juga sekaligus kami kena menyelesaikan 5 buah projek yang agak besar-besaran sehingga melibatkan semua warga di IPG kitorg ini.

Ok, tidak mengapa lain kali aku akan kongsikan kisah tentang projek-projek tu dalam entry yang mendatang lagi ok.

Kali ini, aku mau kongsikan tentang sikap gemar 'menyindir'...

Aku sebenarnya kurang gemar dengan sikap sesetengah masyarakat yang suka menjadikan sindiran sebagai salah satu cara untuk menyampaikan ketidakpuasan hati kepada seseorang.

Sebenarnya apa dia hukum menyindir dalam islam?...

Adakah ianya sunat, harus, ataupun berdosa, makruh, dan sebagainya...

Jom kita tengok sedikit bingkisan tentang menyindir, tapi ada sedikit selingan indon yah...


Bagi aku, walau marah sekalipun kita berusahalah untuk mengelak dari menyindir-nyindir. Adalah lebih baik kiranya berterus terang sahaja daripada terus-menerus mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya agak keruh itu. 

Lagi satu, bagiku juga seseorang yang gemar menyindir samalah seperti seorang yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan kebenaran....


Oleh itu, bersamalah kita menjauhi sikap-sikap yang seumpamanya itu. Berusahalah kita untuk memperbaiki diri dahulu daripada sering mengata-ngata kelemahan orang lain di khlayak ramai. Muhasabah diri itu lebih tinggi nilainya..

in shaaALLAH...

Sampai bertemu lagi di kesempatan mendatang kelak...

Assalamualaikum... (^___^)Y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..