Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, May 31, 2014

Aku bersama cuti-KU....


Salam mesra dan hai buat semua rakan-rakan blogger

Lama sudah laman blog ku tidak ter-'update'. Kini, barulah aku ada sedikit ruang dan kesempatan untuk meng-'update' ruangan istimewa ku ini. Kalau di IPG kami orang, wifi tidak support sangat. Sebab banyak widget2x kat blog kena block, so memang susah nak update blog. Apa lagi nak blogwalking, memang tak lahh...

Cuti sekolah telah pun memulakan sesinya. Secara 'automatik'nya, maka bermula jugalah cuti semester kami orang d Institut Pendidikan Guru (dulu dikenali sebagai maktab perguruan). Banyak juga aktiviti bermanfaat yang aku isi sepanjang cuti ini.

Di antara perkara bermanfaat itu adalah seperti mengemas kini laman blog kami orang yang memuatkan banyak ilmu-ilmu pengetahuan dan ilmiah akademik. Jikalau ada masa berkunjunglah ke laman blog kami tu ok...


Jom tengok sedikit bingkisan yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera ku sepanjang aku bersama cuti-KU :

sempat menggunakan masker shiseido bird nest (24k bird nest mask)
update blog sambil berehat sebentar dengan maggi kari & kopi 0'

Tonton SUKMA 2014. Bangga dengan atlet dari Sabah. Umur bawah 15 tahun sudah mampu mengangkat berat. kategori Wanita pulak tu. Semoga kekal berjaya di masa-masa mendatang sekaligus mengharumkan nama negara, in shaa Allah...

Selfie sebelum menyampaikan hajat orang- pergi jemputan kahwin kawan akak di Bintang Mas, Telupid - Sandakan -Sabah.
Pemberian dari undangan walimatulurus2x tersebut..
Semoga cuti KU kali ini akan sempat kumanfaatkan dengan perkara-perkara yang bermanfaat nanti, in shaa ALLAH..

Sepanjang cuti ini juga aku akan berusaha untuk Blogwalking ke blog rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk laman yang tidak seberapanya ini. Jom blogwalking..

Ok, sampai bertemu lagi..

Sekian, Wassalam ( ^______*) Y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..