Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, November 23, 2013

Tamparuli.. here I am...

Wah, seronoknya... sempat lagi aku dan kakak-kakakku berjalan-jalan ke Tamparuli dalam perjalanan balik ke kampung ku beberapa hari lalu. Perjalanan balik dari Keningau ke kampung mengambil masa yang agak lama. 
Memang suatu perkara yang tidak merugikan. Jom tengok gamabar-gambar menarik yang sempat kami ambil.





Jambatan Tergantung Tamparuli


Rumah terbalik merupakan salah satu tempat menarik yang baru sahaja siap di sekitar Tamparuli Sabah. Sesiapa sahaja yang menginginkan percutian menarik, pergilah berjalan-jalan ke sini yah..

Ok la, banyak lagi sejarah menarik yang terdapat di sebalik rumah Terbalik Tamparuli tersebut. Kalau mahu tahu lebih lanjut lagi, pergilah melancong di musim cuti ini. Apa-apa pun, aku ucapkan Selamat Bercuti buat semua yang menikmatinya ok..

Selamat bertemu kembali di masa-masa akan datang, In Shaa ALLAH...

Monday, November 4, 2013

Jauh...


Salam mesra buat semua. Syukur alhamdulillah kerana kita bertemu kembali lagi di sini. Jauh.. erm memang jauh.. Tertanya-tanya kan kenapa aku sebut-sebut pulak pasal jauh. Ramai yang sering melafazkan ungkapan ni :

'Jauh di mata, tapi dekat di hati'

Kadangkala, hanya disebabkan sedikit perselisihan ianya akan menjauhkan jarak perhubungan sesama manusia. Walaupun sebenarnya jarak mereka tidaklah sejauh mana pun. Dekat, sangat dekat. Malah satu rumah, sepejebat, mahupun sebilik. Namun, manusia tetap manusia. Tetap tidak akan dapat lari dari sifat ego. Memang, ego itu adakalanya penting buat setiap individu. Tidak akan habis kalau kita asyik cerita pasal ego kan.



Semua orang mahu orang sekelilingnya menganggap dia sentiasa betul. Mana mungkin sesiapun mahu meruntuhkan sifat ego lantas beralah. Bagi aku, kalau ada pihak luar yang tidak berkaitan mahu masuk campur, boleh. Memang boleh. Tapi cubalah jadi sebagai 'pendamai', bukannya sebagai 'penghasut'..nauzubillah..Jauhkanlah sifat-sifat mazmumah itu..


Semoga esok dan hari seterusnya semuanya kan jadi lebih baik, insyaAllah. Sebagai penghayatan kita bersama, terimalah ;




Oleh itu, di kesempatan ini aku mahu ambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 buat semua muslimin & muslimin. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih ok.

 


Sampai bertemu lagi yah.. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..