Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Saturday, October 26, 2013

Doakan segalanya terbaik...

Selamat bertemu kembali buat semua pembaca blog ni..terima kasih kerana masih sudi menjadi pengunjung dan pembaca laman ku ini. Sekarang ni merupakan musim peperiksaan buat kami yang masih lagi bergelar penuntut di IP. Stress tu kadang-kadang adalah jugak. Tapi, aku bersama rakan-rakan seperjuangan tetap berusaha untuk mencari ketenangan sebelum tiba 'berperang'..huhuhu.. 
Doakan kami ok... perjalanan kmi masih pnjg lagi..masih terlalu bnyk halangan yg kmi lalui. suka-duka semuanya bercampur-aduk. Kadang-kadang boleh tekanan juga kalau tidak dapat tahan. Mungkin beginilah caranya untuk kita mengenal erti hidup kan. Bermacam situasi yang aku dapat lihat, rasa dan alami sebenarnya. 

Saturday, October 12, 2013

Balik kampung + raya Haji...


Hai, salam pertemuan buat semua pembaca yang masih lagi setia mengunjungi laman yang tidaklah seberapanya ini.. memang sudah begitu lama lamanku ini tidak ku jejaki ya.. bukan apa, terlalu banyak halangan. Salah satunya adalah rangakaian internet yang kurang mengizinkan..



Ok, merujuk kepada tajuk di atas tu sememangnya "balik kampung" merupakan satu topik menarik perhatian dan perkara menarik yang diidamkan oleh kebanyakan insan perantauan khususnya. Ya, sepertinya kami yang bergelar penuntut di institut pengajian ni. Cuti bersempena hari raya Haji pada tahun ini, membuatkan jiwa kami ini berkobar-kobar untuk balik kampung. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..