Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Friday, June 28, 2013

Pentingnya semangat 'kerjasama'...


Salam ukhuwah & perkenalan buat semua pembaca..

Lama juga blog ni x d update..lebih dari seminggu yang lalu.. 

huhu...bukan apa, agak sibuk sebenarnya beberapa ketika ini. Banyak hal kena uruskan sebenarnya. 

Ditambah lagi dengan rangkaian internet di IP kami orang ni sememangnya agak mengecewakan sedikit. ada ura2 mengatakan banyak hacker konon. so, kena hati2lah sikit kan.

2-3 hari ini, aku kurang sihat sikit. Sakit tekak & batuk2 jak. 

Mungkin keadaan jerebu yang belum redha. Memandangkan pula, lokasi persekitaran kami orang ni betul2 berdekatan kawasan bukit & gunung-ganang kan...(cehhh, macam best jak kan kalo dengar ciri2 lokasi tu)..hehe..

Ok, entry aku kali ini, aku nak sentuh berkaitan 'kerjasama'. 


Jom dengar lagu ini, wonder Pets, :: Kerjasama :: 


Best kan kalau hidup kita ni sentiasa ada semangat kerjasama macam dalam lagu 'wonder Pets' tu.. 
Tetapi, zaman sekarang ni... ramai dah orang yang dikelilingi oleh sifat ego masing-masing dan merasakan bahawa mereka jak yang betul. Sehinggakan tidak perlu adanya bantuan dari orang lain sekiranya ada apa-apa masalah. Cubalah buang rasa ego tu jauh-jauh & usaha untuk amalkan semangat kerjasama dalam berpasukan. Tidak kiralah sesama rakan sekelas ke, rakan sekerja ke & sebagainya. Ini ndak..mesti adanya main cakap2 belakang yg mana sama ertinya dengan 'mengumpat'. Amalan negatif tu, memang susah sesangat lah untuk ditepis kan3x...ndak apalah, yg penting kita 'redha' jak lah.

Tuesday, June 18, 2013

Kembali ke sarang..

Salam ukhuwah & perkenalan semua...
Wah, merujuk kepada tajuk besar di atas, aku ingin menerangkan dengan lebih terperinci supaya mudah difahami, hehe. Bukan apa, lama bertapa di kampung selama 3 minggu, fuhh..lama tuh kan. Makanya, memang terasa macam sekejap sangatlah... tidak terasa pulak.
sioknya di kampung..
Sekarang ni aku pun terpaksalah untuk 'kembali ke sarang'. Bukan 'saranghe' yah...hehe..

Friday, June 14, 2013

Pengakhiran 'CUTI' ku...


Salam Ukhuwah & perkenalan..

Sedar tidak sedar cuti semester ku kali ni sudah hampir ke penghujungnya..huhuhu..
Esok aku akan kembali memulakan semula hidup sebagai insan bergelar pelajar kembali. Aku pun tak tau la, rasanya aku masih lagi terasa mau rehat, rehat dan rehat. aaiii..inilah hidup kan.. Walau apa pun yang terjadi, yang penting hidup kena diteruskan juga.

Erm, aku masih teringat pasal drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang bersiaran di kaca tv3 semalam. Boleh tonton online atau download terus pun boleh.

Memang puas hati betullah pasal watak jahat yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose. Haha, buat jahat dibalas jahat kan..kan..kan.. Cerita ni adalah adaptasi dari novel tau...tu part yg best tu..

Tuesday, June 11, 2013

Cer citer pasal 'antivirus'...

Salam Ukhuwah & perkenalan buat semua pembaca...
Pada kali ini, aku mau sentuh soal berkaitan 'ANTIVIRUS'. Sekarang ni aku tengah cari software antivirus yang kira boleh menjamin lah. Banyak sudah antivirus yang aku guna, tapi setakat ni semuanya mesti ada masalah jak. Ianya selalu membuatkan PC kita jadi slow. Walaupun sudah clean up & defragmenter. Laptop aku ni, baru 4 tahun belum lagi sampai 5-6 tahun pun. Bukan apa, ada sesetengah laptop tu, boleh bertahan lebih lama lagi lah. Rasa2nya mungkin disebabkan oleh sistem INTEL yang ada pada sistemnya kot kan.
Ibaratnya cam ni lah laptop aku, walau yg kat gambar ni version komputer kan..huhu
Kalau cerita pasal format jak, rasanya dah hampir 5-6 kali. Ini pun baru jak lepas ganti hard disk kat kedai. Ok, antara antivirus yang selalu aku guna adalah seperti AVG 2013AVAST 2013, & macam2x lagi lah. Ramai yang bagi tau, Kaspersky 2013 paling ok setakat ini. So sesiapa yang ada pandangan atau idea, jom kongsi pasal antivirus yang anda rasakan paling terbaik ok.

Saturday, June 8, 2013

Setiap masalah ada jalannya..

Salam Ukhuwah & perkenalan..

Fuhh..penat betul aku bertukang2 mengemas kini keadaan blog aku yg ada problem pasal kotak komen semalam. Masalahnya kan, pembaca tak boleh komen tanpa gunakan google+. tengok kat gmbar ni ;
(klik gambar untuk zoom)

bila kita nak komen, kita kena sign up @ sign in ke google +.  Tiada option untuk kotak komen yg biasa tu...huhu
Bukan apa, aku tu mau kotak komen seperti yg asal bah. Yg macam gambar di bawah ni. Cer tengok betul2x : (klik gambar untuk zoom)

melalui kotak komen yg cam nie, kita boleh komen guna apa2 jak URL. Bebaslah, tidak limited kpd google+ jak kan..

Makanya, klik sana klik sini, cuba tutorial itu ini, akhirnya aku dapat satu jalan penyelesaiannya. Mau tau apa punca masalahnya kunun2x ni. Hah.. ni lah dia punca masalahnya rupa2nya ; 
(klik gambar untuk zoom)

just tengok simbol warna merah yg d tandakan..


Jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah karut-marut ni (haha) ;

1. Pergi ke 'dashboard'
2. Klik 'google+'
3. Lepas tu tengok di dalam gambar di atas tu, yg ada tanda nombor 2 'Use Google+ Comments on this blog? '. Pastikan jgn tick pada kotak kecik ditepi sebelah kiri yg dibulatkan warna merah tu ok. Kalau kamu orang tick pada kotak kecil tu mmg akan jd masalah mcm aku..huhu...

Thursday, June 6, 2013

Amalan diet mengikut sunnah..

Salam Ukhuwah & perkenalan..

Kali ini, aku mau berkongsi pasal DIET. Ramai orang yang beranggapan dengan diet sahaja sudah mampu mengembalikan keseimbangan berat badan juga komposisi rupa bentuk badan kan. Seperti aku, syukur alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan walau kurus jak. Apa orang bilang, 'ndak pandai gemuk2 dari dulu2 lagi'. Muka jak bulat & ala2 gemuk tp badan masih juga kurus..ish3x...

Ok, jadi kali ni aku pun mau cerita sikit pasal diet mengikut sunah rasulullah. Bukan apa, aku ada lah tengok sedikit sedutan pasal diet ni di TV9. Itu rancangan kegemaranku tau. Jom kita selongkar, 22 tips diet mengikut sunnah ;



Tuesday, June 4, 2013

Arena fesyen mengikut 'musim'...

Salam ukhuwah perkenalan buat semua para pembaca...

Cuti-cuti di rumah ni sememangnya ada seronok, ada best tapi satu benda yang paling tidak tinggal ialah 'boring'. Makanya, sambil-sambil menghilangkan rasa boring aku pun joinlah akak aku untuk menyelesaikan beberapa urusan penting di bandar semalam.

Aku dan akak ku pun singgah lah ke Harbour Mall Sandakan. Wah!.. bukan main lagi ya, bandar Sandakan sekarang ni banyak kemajuan sudah. Erm..kesian betullah aku ni... lama sudah jadi orang Keningau, tu lah pasal banyak sudah perkara yang tidak di tahu-tahu pasal bandar kelahiran sendiri kan, (ish3x...)

Masuk jak ke dalam bangunan tu, memang rata-rata ramai yang mengenakan fesyen corak tribal atau aztec. Sehinggakan ianya turut juga diguna pakai untuk handbag, kasut, sandal, dan macam2 lagilah. Tidak kira lelaki ka atau perempuan, memang semua sesuai mengguna-pakai fesyen bercorakkan tribal ini. Mau tau mcm mana rupanya?.. Jom selongkar. Beginilah coraknya >>>


Sebenarnya, muslimah juga sesuai mengenakan fesyen ini, sebab terdapat juga baju-baju muslimah bercorakkan tribal ini yang masih mengekalkan kesopanan dan tidaklah juga terlampau seksi kan. Memang menarik juga trend musim skrg ni. Macam musim sejuk pula di negara kita skrg ni kan. 

Sunday, June 2, 2013

Teman sejatiku ~novellll...

Salam Ukhuwah rakan-rakan seprjuangan sekalian.. 

Kali ini aku ingin berkongsi tentang 'novel'. Sebenarnya aku mulai minat membaca novel sebermulanya semenjak di bangku sekolah lagi. Bermulanya adalah dari satu novel yang rasanya sekarang ni memang sukar untuk diperolehi lagi lah novel tu. Sebenarnya satu-satunya novel yang kami orang ada ni dulu ada kawan lain pinjam dan sudah hangus terbakar dijilat api semasa berlakunya kebakaran di kampung diorang masa tu. Oleh kerana aku simpati dengan nasib yg menimpa diorg tu, makanya aku halalkan jak lah, ndak payah ganti pun ndak mengapa. Mau tau apa dia..ini la novel tu;
 

Memang menarik sekali jalan penceritaannya. Semuanya berlaku secara tidak diduga dan membuatkan pembaca tegar seperti kami ini begitu 'excited' untuk mengetahui cerita selanjutnya itu. Penulis novel ni memang sudah menempah nama di persada seni gara-gara adaptasi filem dari novel  'Ombak rindu' yang pernah mengegarkan satu Malaysia kan beberepa detik yang lalu. 


Saturday, June 1, 2013

Ceritaku di musim cuti..


Salam ukhuwah & perkenalan...

Siaran langsung di kaca televisyen tadi memaparkan tentang sambutan ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah. Manis sungguh tatkala aku terlihat wajah manis  Permaisuri Agung, Tuanku Hajah Haminah yang lengkap bertudung litup. Sememangnya lebih manis dan menarik sekali kan. Ini jujur tau, bukan sebarang2x..hehe..

Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah dan Tuanku Hajah Haminah  tertarik melihat kek pada majlis  persembahan kek sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong XIV di Dewan Serbaguna Istana Negara, -BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..