Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Thursday, November 15, 2012

'Tanggungjawab'..apa pentingnya?..

Assalamualaikum, semua...

Sudah lama aku ingin mengemas kini laman ini, namun sukar benar rasanya untuk aku mencari kesempatan tersebut. Syukur alhamdulillah, kesempatan di kala waktu cuti penggal persekolahan ini dapat jua kujadikan sebagai ruang dan kesempatan untuk ku pada kali ini. Kali ini aku ingin berkongsi tentang nilai tanggungjawab yang sebenarnya..

Sebelum cuti semester bermula, kami telah bertungkus-lumus untuk mengemas barang-barang di dalam bilik asrama masing-masing. Nak tengok tak, bagaimana rupa bilik kitaorg sebelum dikosongkan. Jom kita tengok, jom...

sorry, agak bersepah sket ye...hehe


tema kali ini, smuanya serba merah..

meja belajar..cute kan..



almari yang agak besar lah jugakkk..

Tak berapa lama kemudian, kami terpaksa mengosongkan kembali bilik ini. Semua barang yang menjadi milik kami terpaksa dikemaskan untuk mengosongkan bilik ini sebelum cuti semester bermula. Memang terasa juga berat hati sebenarnya, walau pada masa yang sama kami merasa kegembiraan yang teramat kerana itu bermakna kami akan balik bercuti menemui keluarga yang tersayang di kampung.


Kesibukan di kala peperiksaan berlangsung pada minggu tersebut..huh, memang stress sesangat leh...

syukur alhamdulillah, semuanya dapat dikemas dengan lancar.. 





sebelum pergi meninggalkan bilik ini..memang terasa juga kesedihannya ye..

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat beberapa rakan pelajar yang terpaksa dikenakan tindakan kerana meninggalkan bilik asrama masing-masing dalam keadaan yang tidak sempurna. Itulah sebabnya kami bertungkus-lumus sedaya upaya untuk menyempurnakan kekemasan bilik ini sebelum meninggalkannya. Yelah, kita perlulah bertanggung-jawab sepenuhnya, kerana kita sudah diberikan peluang dan kemudahan tersebut selama ini. 

Oleh itu, kali ini apa yang perlu kita semai adalah sikap bertanggungjawab pada diri kita, orang sekeliling dan persekitaran. Jadi, diharap kita akan dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri kita seumpanya itu. InsyaAllah, diharapkan perkongsian kali ini banyak memberikan kemanfaatan buat diri kita masing-masing. 

Sekian, Wassalam. InsyaAllah, sehingga bertemu di lain kesempatan.   

Friday, November 2, 2012

Motivasikan dirimu !!!

Assalamualaikum....

Dengan lafaz bismillah, aku mulakan penulisan ku kali ini. InsyaALLAH, semoga bermanfaat perkongsianku kali ini. Sebelum itu, maaflah..sememangnya sudah agak lama aku membiarkan laman ini sepi tanpa khabar berita. Ya, memang kesibukan kuliah, program-program tertentu, hal-hal peribadi & yg terbaru ini iaitu peperiksaan semester adalah di antara faktor-faktor yang menjadi pengekang utama.

Pelbagai perkara baru kutemui dan ada jua yang sudah lama ku tinggalkan kini terpaksa ku lalui kembali. Dugaan, cabaran, masalah, tekanan dan macam-macam lagi. Sukar rasanya untuk ku terangkan melalui kata-kata. Hanya mampu kugambarkan melalui minda dan bayangan sahaja.

Kadangkala masalah itu akan timbul daripada tekanan. Tekanan pula datangnya daripada pemikiran yang terlalu jauh ke arah negatif. Oleh sebab itu, ianya akan mewujudkan pelbagai salah faham dan masalah. Aku teringat suatu peristiwa yang aku sering kali menjadi agak keliru untuk memikirkannya.
hanya gambar hiasan

Peristiwa tersebut berkaitan perselisihan faham sesama manusia. Aku merasa ingin sekali untuk cuba menyelesaikan masalah seumpamanya itu. Tetapi apakan daya, tidak termampu rasanya. Mungkin, jika aku melibatkan diri ke atas masalah peribadi itu ianya akan lebih menjadi besar, nauzubillah. Sememangnya indah rasanya jika hidup ini aman harmoni tanpa sebarang sengketa. Sememangnya ketenangan itulah yang aku inginkan. Dapatkah itu ditemui, InsyaALLAH...



Kesimpulan dan pengajaran yang dapat kita ambil di sini, berusahalah untuk berfikir positif. Memang, orang akan sering mengatakan bahawa 'cakap, senanglah. Cuba kena batang hidung sendiri baru tau'.. Berfikiran positif di sini bermaksud, janganlah kita cuba membiarkan otak kita mentafsirkan sesuatu percakapan, perbuatan, pertuturan mahupun apa jua yang terbit dari seseorang itu sebagai tindakan yang buruk terhadap kita. Namun, cubalah berusaha untuk berfikir yang baik-baik sahaja. Jadikan itu sebagai perangsang dan latih tubi kita ke arah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Anggaplah itu semua adalah orientasi yang diberikan kepada kita agar membina jati diri kita menjadi insan sejati. InsyaALLAH, kita boleh tu !!!..

Jangan lupa, yang penting berdoa dan bertawakallah kepada yang maha Esa.

OK...Diharapkan, kali ini sedikit sebanyak kita boleh mendapat perkongsian yang bermanfaat dalam meniti kehidupan kita sehari-hari ini. Biasalah, dugaan itu sememangnya perit untuk kita tempuhi.. Aku jua percaya, kita semua masing-masing menghadapi bermacam-macam bentuk dugaan. Aku jua percaya, kekuatan itu pasti ada tersembunyi dalam diri kita. Cuma, kita sahajalah yang perlu mencari kuncinya. Semoga hari ini akan jadi lebih baik dari sebelumnya, InsyaALLAH !!!..


Wassalam, insyaAllah sampai bertemu di lain kesempatan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..