Sudi-sudikanlah follow blog saya ni..Terima Kasih (^_____*)Y

Wednesday, September 12, 2012

:: Syawal lebaran + MERDEKA ::

Assalamualaikum w.b.t...


Sememangnya sudah agak lama aku tidak mengemas kini laman maya ini. Maaflah, kekangan masa yang agak meruncing menyebabkan aku kurang peka dalam mencuri sedikit waktu untuk menunaikan sebahagian daripada komitmenku di ruangan ini. Sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat seluruh warga muslimin dan muslimat, khususnya buat rakan-rakan blogger yang sudi meluangkan masa menjenguk laman blog aku yang sudah berhabuk lamanya ini..hehe...



Di kesempatan ini juga, aku ingin menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan sekiranya pernah tersilap kata bicara sepanjang mengukir kata di laman maya ini. Biasalah, manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan, dan sebagai manusia yang ada pemikiran wajarlah kiranya jika kita berusaha untuk membetulkan kesilapan andainya itu boleh menjernihkan kekeruhan. 


Pada masa yang sama, aku ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan 31.ogos.. dan hari Malaysia, 16 september... 

Sekarang ni, aku tengah sibuk membuat kajian tentang “ Kenyataan Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia baru – baru ini iaitu “ kemungkinan membenarkan semula pelajar-pelajar sekolah  membawa telefon bimbit ke sekolah” bagi menyempurnakan tugasan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya melalui tugasan projek tersebut banyak pengetahuan dan isu-isu semasa yang dapat aku perolehi. 

Akhir kata, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan rakan-rakan blogger yang sering mengunjungi laman teratak maya ini. Jika ada kelapangan aku akan kembali memberikan kunjungan balas ke laman blog anda semua ok. InsyaAllah !...


Terima kasih..Wassalam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom menabung dan menderma di sini..TQVM

pengikat silaturahim..insyaAllah..